Peranan raja dan orang besar sebagai penghulu dalam menyatupadukan masyarakat tempatan di Selangor, 1895-1942

Peranan raja dan orang besar sebagai penghulu dalam menyatupadukan penduduk tempatan di Selangor telah dilaksanakan ketika era kolonial British khususnya pada 1895-1942. Hal ini berlaku kerana penghulu ditugaskan untuk berbuat demikian. Namun begitu, ia kurang ditonjolkan oleh J. M. Gullick (1...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Ahmad Farhan Abdullah@Zakaria,, Mohd Samsudin,
Format: Article
Language:English
Published: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia 2018
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/20668/1/26797-80868-1-SM%20%282%29.pdf
http://journalarticle.ukm.my/20668/
https://ejournal.ukm.my/ebangi/issue/view/1116
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Peranan raja dan orang besar sebagai penghulu dalam menyatupadukan penduduk tempatan di Selangor telah dilaksanakan ketika era kolonial British khususnya pada 1895-1942. Hal ini berlaku kerana penghulu ditugaskan untuk berbuat demikian. Namun begitu, ia kurang ditonjolkan oleh J. M. Gullick (1998, 2004 dan December 2007) dan Paul H. Kratoska (1984) menyebabkan perkara tersebut tidak diketahui. Oleh itu, artikel ini bertujuan menonjolkan pandangan baharu mengenai peranan penghulu daripada kalangan raja dan orang besar dalam menyatupadukan masyarakat tempatan di Selangor pada 1895-1942. Artikel ini akan menganalisis isu yang membolehkan penghulu berperanan dalam menyatupadukan penduduk setempat terlebih dahulu. Kemudian, mensintesis peranan mereka. Seterusnya, menilai peranan dimainkan oleh mereka sama ada berkesan atau sebaliknya. Sumber primer seperti Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor (B/SUK), Colonial Office (CO), Pejabat Daerah Klang (B/PDK), Pejabat Daerah Ulu Selangor (B/PDUS), Pejabat Daerah Ulu Langat (B/PDUL), Pejabat Daerah Sepang (B/PDS), Jabatan Arkib Negara Malaysia (P/ANM) dan sumber sekunder digunakan bagi menjawab kehendak dikemukakan. Secara keseluruhannya, golongan raja dan orang besar sebagai penghulu memainkan peranan penting dalam menyatupadukan masyarakat tempatan di Selangor yang merangkumi bangsa Melayu, Cina, India dan orang Dalam dari aspek pentadbiran, ekonomi, sosial dan sosioekonomi. Perkara ini berlaku kerana masyarakat tempatan mematuhi dan mengikut telunjuk serta nasihat penghulu di mukim ditetapkan. Oleh itu, kerajaan memerlukan tokoh-tokoh penghulu yang bertanggungjawab dan berwibawa untuk melaksanakan tugasan di peringkat akar umbi iaitu mukim agar sentiasa dalam keadaan harmoni. Sehubungan itu, artikel ini menempatkan penghulu sebagai Tokoh Penyatuan Masyarakat Peringkat Mukim dari masa ke masa.