Implikasi perkembangan pembangunan bandar terhadap sosioekonomi dan kesejahteraan penduduk di Bandar Tanah Merah, Kelantan
Pembangunan bandar yang belaku di Bandar Tanah Merah, Kelantan iaitu daripada sebuah pekan yang kecil kepada sebuah bandar yang membangun boleh memberi pelbagai implikasi yang positif kepada penduduk. Namun, kesan daripada pembangunan itu juga turut memberi kesan kepada sosioekonomi dan kesejahte...
Saved in:
Main Authors: | , |
---|---|
Format: | Article |
Language: | English |
Published: |
Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Kebangsaan Malaysia
2022
|
Online Access: | http://journalarticle.ukm.my/20570/1/495-Article%20Text-730-1-10-20220917.pdf http://journalarticle.ukm.my/20570/ https://spaj.ukm.my/jws/index.php/jws/issue/view/27 |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Summary: | Pembangunan bandar yang belaku di Bandar Tanah Merah, Kelantan iaitu daripada
sebuah pekan yang kecil kepada sebuah bandar yang membangun boleh memberi pelbagai
implikasi yang positif kepada penduduk. Namun, kesan daripada pembangunan itu juga
turut memberi kesan kepada sosioekonomi dan kesejahteraan hidup penduduk. Justeru, kertas kajian ini bertujuan untuk membincangkan faktor perkembangan pembangunan yang
berlaku di Bandar Tanah Merah dan kesan terhadap pembangunan tersebut serta tahap
kesejahteraan penduduk di Bandar Tanah Merah. 100 orang responden telah terlibat dalam
kajian ini dengan menggunakan kaedah soal selidik. Data yang diperolehi dianalisis dengan
menggunakan SPSS (Statistical Packages for Social Sciences). Hasil kajian menunjukkan
bahawa sebahagian besar responden bersetuju bahawa pembangunan yang dijalankan
memberi implikasi yang positif terhadap sosioekonomi mereka seperti peningkatan
pendapatan, perkembangan peluang pekerjaan dan peningkatan kemudahan. Kajian ini
mendapati terdapat kesan negatif dan positif kepada penduduk setempat. Mereka juga
bersetuju bahawa faktor- faktor yang mempengaruhi pembangunan bandar di Tanah Merah
adalah peningkatan penduduk, sistem pengangkutan, kewujudan sektor pekerjaan, peningkatan kemudahan dan peranan kerajaan. Dapatan kajian juga menunjukkan tahap
kesejahteraan penduduk berada pada tahap yang tinggi. Penemuan ini dapat membantu
agensi-agensi berkaitan dalam merancang dan menambah baik pembangunan yang bakal
dijalankan dan sedia ada pada masa akan datang. |
---|