Kesan psikososial terhadap mangsa yang dijangkiti positif Covid-19 dalam kalangan orang dewasa : kajian kes di Kelantan

Kajian ini dilaksanakan untuk mengenalpasti masalah yang dihadapi dalam kalangan orang dewasa di Kelantan semasa menjalani kehidupan seharian mereka ketika mereka dalam keadaan positif Coronavirus (COVID-19). Sepanjang penyebaran wabak Coronavirus (COVID-19) melanda di negara ini, rakyat perlu men...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Anis Auni Zulkifli,, Noremy Md Akhir,
Format: Article
Language:English
Published: Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Kebangsaan Malaysia 2022
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/20568/1/493-Article%20Text-726-1-10-20220917.pdf
http://journalarticle.ukm.my/20568/
https://spaj.ukm.my/jws/index.php/jws/issue/view/27
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kajian ini dilaksanakan untuk mengenalpasti masalah yang dihadapi dalam kalangan orang dewasa di Kelantan semasa menjalani kehidupan seharian mereka ketika mereka dalam keadaan positif Coronavirus (COVID-19). Sepanjang penyebaran wabak Coronavirus (COVID-19) melanda di negara ini, rakyat perlu menempuhi kehidupan dengan norma yang baharu. Kegiatan seharian juga tidak lagi normal seperti dahulu kala. Tambahan lagi bagi pesakit yang positif Coronavirus (COVID-19), mereka perlu menjalani proses kuarantin yang ketat untuk mengurangkan jangkitan kepada individu lain. Kajian ini telah menggunakan kaedah kualitatif dengan menggunakan reka bentuk fenomenologi dan data yang diperolehi telah dianalisis dengan menggunakan analisis tematik. Kajian ini melibatkan lapan orang golongan dewasa peringkat umur lingkungan umur 30 an sehingga50 an. Kajian ini juga telah dijalankan di Kelantan. Objektif kajian ini adalah untuk mengkajikesan psikososial dalam kalangan orang dewasa dan telah menghasilkan sebanyak lima tema utama iaitu kesan terhadap fizikal, kesan terhadap mental dan emosi, masalah yang dihadapi ketika menjalani kehidupan seharian di pusat kuarantin, penerimaan terhadap situasi individu tersebut ketika mendapat tahu positif Coronavirus (COVID-19) dan perubahan yang ketara terhadap psikososial semasa menghadapi positif Coronavirus (COVID-19) . Kajian yang terhasil ini diharapkan dapat menjadi panduan serta rujukan kepada pihak yang berkepentingan untuk tujuan penambahbaikan kepada pengkaji akan datang.