Aplikasi keluli tahan karat sebagai elektrod logam di dalam sistem bioelektrokimia

Kertas kerja ini meninjau akan penggunaan dan prestasi terkini beberapa jenis logam sebagai elektrod dalam pembangunan sistem bioelektrokimia (BES) termasuk sel bahan api mikrob (MFC) dan sel elektrolisis mikrob (MEC). Elektrod konvensional yang berasaskan karbon biasanya digunakan sebagai anod...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Raba’atun Adawiyah Shamsuddin,, Mimi Hani Abu Bakar,, Rozan Mohamad Yunus,, Wan Ramli Wan Daud,, Jamaliah Md. Jahim,, Wan Syaidatul Aqma Wan Mohd Noor,
Format: Article
Language:English
Published: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia 2018
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/20532/1/9.pdf
http://journalarticle.ukm.my/20532/
https://www.ukm.my/jkukm/si-1-1-2018/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kertas kerja ini meninjau akan penggunaan dan prestasi terkini beberapa jenis logam sebagai elektrod dalam pembangunan sistem bioelektrokimia (BES) termasuk sel bahan api mikrob (MFC) dan sel elektrolisis mikrob (MEC). Elektrod konvensional yang berasaskan karbon biasanya digunakan sebagai anod atau katod disebabkan struktur bahan berliang dan paling sesuai untuk pertumbuhan bakteria aktif elektrokimia (EAB). Walau bagaimanapun, perkembangan baru menunjukkan penggunaan elektrod logam mampu menghasilkan ketumpatan arus yang lebih tinggi dan kuasa maksimum daripada karbon, kerana sifat-sifat logam seperti kekonduksian yang tinggi dan kekuatan mekanikal, anti-karat serta kestabilan struktur kimia. Strategi pengubahsuaian permukaan logam menggalakkan perlekatan EAB serta meningkatkan tahap biokompatibiliti atau pemindahan elektron di antara sel bakteria dan elektrod. Di samping itu, kos efektif serta mudah beroperasi untuk jangka masa panjang merupakan faktor penyumbang kepada penggunaan elektrod logam. Dari kajian yang dijalankan sehingga kini, keluli tahan karat merupakan logam yang sering digunakan dalam pembangunan BES.