Tapak Paleolitik Bukit Bunuh, Lenggong, Perak : isu dan masalah dalam pentarikhan
Bukit Bunuh telah ditemui melalui projek khas pemetaan tapak-tapak arkeologi baru dan paleoalam di sekitar kawasan Lenggong pada tahun 2001. Bukit Bunuh merupakan tapak Paleolitik terbuka yang keluasannya mencapai 3 km2. Pentarikhan di Bukit Bunuh melibatkan dua kajian utama iaitu arkeologi dan...
Saved in:
Main Authors: | , , , |
---|---|
Format: | Article |
Language: | English |
Published: |
Ikatan Ahli Arkeologi Malaysia, Universiti Kebangsaan Malaysia
2022
|
Online Access: | http://journalarticle.ukm.my/20511/1/256-470-1-SM.pdf http://journalarticle.ukm.my/20511/ http://arkeologimalaysia.org.my/jurnalarkeologi/index.php/jurnalarkeologi/issue/view/42 |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Summary: | Bukit Bunuh telah ditemui melalui projek khas pemetaan tapak-tapak arkeologi
baru dan paleoalam di sekitar kawasan Lenggong pada tahun 2001. Bukit Bunuh
merupakan tapak Paleolitik terbuka yang keluasannya mencapai 3 km2.
Pentarikhan di Bukit Bunuh melibatkan dua kajian utama iaitu arkeologi dan
geologi. Pentarikhan ini dilakukan dengan menggunakan kaedah kronometrik
seperti OSL, FT, ESR, K-Ar, U-Pb dan 40Ar-39Ar. Pentarikhan OSL dilakukan di
dalam kajian arkeologi di Bukit Bunuh yang mana telah memberikan usia 490,000-
500,000; 270,000-320,000; 40,000 dan 30,000 tahun dahulu. Teknik pentarikhan ini
dilakukan pada lapisan kebudayaan in-situ di dalam petak ekskavasi yang telah
berlangsung pada tahun 2001, 2003, 2008 dan 2010. Namun menurut kajian julat
usia untuk teknik pentarikhan OSL adalah sekitar 450,000 tahun dahulu.
Pentarikhan untuk kajian geologi pula telah dilakukan terhadap batuan impaktit
di Bukit Bunuh untuk menentukan usia impak meteorit yang telah berlaku di
kawasan tersebut. Pentarikhan melalui kaedah FT terhadap alat batu dalam batuan
suevit memberikan tarikh sekitar 1.83 juta tahun dahulu. Namun begitu, beberapa
kaedah lain yang digunakan seperti ESR, K-Ar, U-Pb dan 40Ar-39Ar telah
memberikan usia yang berbeza dan jauh lebih tua iaitu sekitar ~305 hingga 1.34
juta tahun dahulu yang mana menunjukkan usia batuan dasar di kawasan kajian
seperti usia batuan granit Trias. Namun jumpaan alat batu dalam suevit telah
mencadangkan bahawa usia impak meteorit yang berlaku di Bukit Bunuh tidak
berkemungkinan lebih tua daripada zaman Kuaterner. Maka makalah ini, akan
mengupas isu dan masalah yang berlaku dalam kajian pentarikhan terutama bagi
julat usia berkesan teknik pentarikhan yang digunakan di samping kekangan yang
dihadapi oleh teknik pentarikhan tersebut. Pentarikhan yang berjaya dilakukan
akan mengisi rompong usia dan memberikan sumbangan dalam kronologi
prasejarah di Kompleks Paleolitik Bukit Bunuh. |
---|