Pelancongan budaya di Sungai Lembing
Pelancongan budaya di kawasan Sungai Lembing kurang mendapat sambutan daripada masyarakat luar. Oleh itu, kajian ini dilakukan bertujuan untuk memperkenalkan sejarah, perkembangan, produk budaya yang ditawarkan serta mengkaji tentang usaha pihak kerajaan serta impak pelancongan terhadap masyar...
Saved in:
Main Authors: | , |
---|---|
Format: | Article |
Language: | English |
Published: |
Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Kebangsaan Malaysia
2018
|
Online Access: | http://journalarticle.ukm.my/20441/1/191-Article%20Text-278-1-10-20191014.pdf http://journalarticle.ukm.my/20441/ https://spaj.ukm.my/jws/index.php/jws/issue/view/8 |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Summary: | Pelancongan budaya di kawasan Sungai Lembing kurang mendapat sambutan daripada
masyarakat luar. Oleh itu, kajian ini dilakukan bertujuan untuk memperkenalkan sejarah,
perkembangan, produk budaya yang ditawarkan serta mengkaji tentang usaha pihak
kerajaan serta impak pelancongan terhadap masyarakat setempat. Kajian ini dilakukan
bertujuan untuk menyedarkan masyarakat setempat yang tinggal di Sungai Lembing
mengenai kesan-kesan pelancongan budaya ini dari beberapa aspek iaitu ekonomi, sosial
dan budaya. Seterusnya, bertujuan untuk memastikan dan mencari inisiatif dalam
memajukan pelancongan ini ke peringkat yang lebih tinggi. Metodologi kajian yang
digunakan ialah kualitatif dan kajian lapangan iaitu menggunakan kaedah temu bual,
pemerhatian, kepustakaan, tinjauan turut serta, rakaman suara serta transkripsi. Hasil
kajian menunjukkan bahawa terdapat impak negatif dan positif dari aktiviti pelancongan
yang dijalankan serta pihak kerajaan paling bertanggungjawab dalam usaha memajukan
sektor pelancongan. Usaha yang paling penting ialah dari pihak Majlis Perbandaran
Kuantan (MPK) dalam memelihara dan memulihara infrastrukur serta memajukan sektor
perkhidmatan penginapan. Tuntasnya, kajian ini menyentuh tentang tempat-tempat yang
menjadi daya tarikan pelancongan dan mengupas tentang usaha-usaha pihak terlibat
dalam memajukan sektor pelancongan ini supaya lebih dikenali ramai. |
---|