Penggunaan bahasa slanga dalam akaun Twitter “Brgsjks”

Kajian ini dilakukan untuk menjelaskan penggunaan bahasa slanga dalam kalangan pengikut akaun Twitter “brgsjks” menghuraikan kesan penggunaan bahasa tersebut. Kajian ini berbentuk analisis kandungan dengan menggunakan akaun Twitter “brgsjks” bagi tujuan pengumpulan data kajian. Data kajian dianal...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Noor Fazerra Paijin,, Nuratikah Ja’afar,, Nur Farahkhanna Mohd Rusli,
Format: Article
Language:English
Published: Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Kebangsaan Malaysia 2022
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/20430/1/484-Article%20Text-706-1-10-20220719.pdf
http://journalarticle.ukm.my/20430/
https://spaj.ukm.my/jws/index.php/jws/issue/view/26
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kajian ini dilakukan untuk menjelaskan penggunaan bahasa slanga dalam kalangan pengikut akaun Twitter “brgsjks” menghuraikan kesan penggunaan bahasa tersebut. Kajian ini berbentuk analisis kandungan dengan menggunakan akaun Twitter “brgsjks” bagi tujuan pengumpulan data kajian. Data kajian dianalisis secara kualitatif deskriptif. Dapatan kajian menunjukkan antara bahasa slanga yang digunakan di akaun Twitter “brgsjks” ialah meh, pi, sis, bro, cibai dan sebagainya. Bahasa slanga ini mempunyai makna yang tersendiri dan hanya difahami oleh kelompok pengguna dalam media sosial tersebut. Hasil kajian juga menunjukkan penggunaan bahasa slanga memberikan kesan seperti pewujudan kosa kata baru, mengancam martabat bahasa Melayu dan menimbulkan kekeliruan berbahasa khususnya dalam kalangan generasi muda. Dari segi implikasi, kajian ini dapat mengetengahkan kesedaran kepada pengguna tentang penggunaan bahasa slanga yang semakin mendapat perhatian dalam kalangan penutur, selain memberikan pendedahan tentang kepentingan memelihara dan memartabatkan bahasa Melayu.