Meneroka daya tindak dan sokongan sosial kepada mahasiwa Universiti Kebangsaan Malaysia yang terkesan akibat pandemik Covid-19
Kajian ini bertujuan untuk meneroka permasalahan yang menyumbang kepada tekanan mahasiswa Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) ketika menghadapi pengajaran dan pembelajaran (PdP) secara atas talian. Tekanan yang besar akan menyebabkan ketidakstabilan emosi mahasiswa terutamanya ketika penulara...
Saved in:
Main Authors: | , |
---|---|
Format: | Article |
Language: | English |
Published: |
Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Kebangsaan Malaysia
2022
|
Online Access: | http://journalarticle.ukm.my/20421/1/472-Article%20Text-679-1-10-20220712.pdf http://journalarticle.ukm.my/20421/ https://spaj.ukm.my/jws/index.php/jws/issue/view/26 |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Summary: | Kajian ini bertujuan untuk meneroka permasalahan yang menyumbang kepada tekanan
mahasiswa Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) ketika menghadapi pengajaran dan
pembelajaran (PdP) secara atas talian. Tekanan yang besar akan menyebabkan ketidakstabilan
emosi mahasiswa terutamanya ketika penularan wabak COVID-19 ini. Melalui permasalahan
yang telah diberikan, kajian ini juga bertujuan untuk mengenal pasti daya tindak digunakan dan
bentuk sokongan yang diperlukan oleh mahasiswa Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) ketika
berhadapan dengan tekanan. Selain itu, lokasi kajian bertempat di Universiti Kebangsaan
Malaysia dan pengkaji menggunakan kaedah kajian kualitatif bagi kajian ini. Hasil kajian yang
dilakukan mendapati terdapat empat tema yang terhasil daripada objektif pertama iaitu
menggunakan daya tindak bertenang, beriadah, sistem sokongan yang baik dan juga kerohanian
manakala untuk objektif kedua adalah khidmat nasihat, sokongan kewangan dan juga sokongan
sistem pembelajaran. Kajian ini dijalankan ke atas sembilan orang informan yang terdiri dari
tahun satu hingga tiga dari pelbagai latar belakang fakulti di Universiti Kebangsaan Malaysia
mengikut ketetapan yang dikehendaki oleh pengkaji iaitu pelajar Universiti Kebangsaan
Malaysia, pelajar tahun satu hingga tiga dan juga pelajar yang sememangnya terkesan ketika
pengajaran dan pembelajaran ini dijalankan secara atas talian ketika pandemik COVID-19 ini
berlaku. Seterusnya, sumbangan kajian ini kepada praktis kerja sosial adalah sebagai promosi
untuk mengembangkan dan membuka mata masyarakat untuk mendekati dan lebih mengenali
pekerja sosial terutamanya di Malaysia. Akhir sekali, pengkaji mengharapkan dengan sumbangan
kajian ini terhadap di peringkat dasar, pihak yang sewajarnya dapat menyediakan satu dasar
pengurusan untuk mahasiswa bagi mengurangkan tekanan yang dihadapi. |
---|