Hubungan di antara gaya keibubapaan dan kecerdasan emosi dengan masalah tingkah laku kanak-kanak : satu sorotan
Perkembangan awal kanak-kanak perlu diberi perhatian yang secukupnya baik dari segi mental, emosi, sosial dan juga fizikal. Masalah tingkah laku dalam kalangan kanak-kanak perlu dipandang serius oleh semua pihak bagi membentuk individu yang mempunyai sahsiah dan tingkah laku yang baik pada mas...
Saved in:
Main Authors: | , |
---|---|
Format: | Article |
Language: | English |
Published: |
Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Kebangsaan Malaysia
2018
|
Online Access: | http://journalarticle.ukm.my/20371/1/171-Article%20Text-253-1-10-20191012.pdf http://journalarticle.ukm.my/20371/ https://spaj.ukm.my/jws/index.php/jws/issue/view/5 |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Summary: | Perkembangan awal kanak-kanak perlu diberi perhatian yang secukupnya baik dari segi
mental, emosi, sosial dan juga fizikal. Masalah tingkah laku dalam kalangan kanak-kanak
perlu dipandang serius oleh semua pihak bagi membentuk individu yang mempunyai
sahsiah dan tingkah laku yang baik pada masa hadapan. Terdapat pelbagai faktor yang
memainkan peranan penting dalam pembentukan tingkah laku kanak-kanak. Antaranya
ialah kurangnya perhatian daripada ibu bapa serta masalah dalam pengurusan emosi
kanak-kanak. Kertas konsep ini mengulas mengenai gaya keibubapaan dan kecerdasan
emosi yang menjadi peramal kepada masalah tingkah laku kanak-kanak. Hasil sorotan
kajian kebanyakannya mendapati bahawa terdapat hubungan antara gaya keibubapaan
dan kecerdasan emosi dengan masalah tingkah laku kanak-kanak. Gaya keibubapaan
autoritatif dan kecerdasan emosi yang baik dilihat berperanan dalam mengurangkan
masalah tingkah laku kanak-kanak. Hasil kajian ini dilihat dapat memberi implikasi kepada
ahli professional dalam bidang keluarga dan keibubapaan bagi menyarankan dan
menggalakkan ibu bapa supaya lebih memahami gaya didikan yang berkesan dan
pengurusan emosi dalam kalangan kanak-kanak. Kajian akan datang disarankan agar
dapat melibatkan guru kepada kanak-kanak yang mempunyai masalah tingkah laku. Ini
dapat memberi kefahaman yang lebih baik daripada perspektif guru untuk mengatasi
masalah tingkah laku dalam kalangan kanak-kanak. |
---|