Kepuasan dan pengalaman pelajar terhadap edupelancongan kampus
Edupelancongan adalah suatu perjalanan untuk tujuan pendidikan formal mahupun tidak formal. Edupelancongan juga merupakan pembelajaran sepanjang hayat dalam persekitaran semula jadi, sejarah dan budaya yang unik. Mulanya edupelancongan diperkenalkan di negara-negara maju yang melibatkan pelajar...
Saved in:
Main Authors: | , |
---|---|
Format: | Article |
Language: | English |
Published: |
Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Kebangsaan Malaysia
2018
|
Online Access: | http://journalarticle.ukm.my/20360/1/158-Article%20Text-242-1-10-20191012.pdf http://journalarticle.ukm.my/20360/ https://spaj.ukm.my/jws/index.php/jws/issue/view/5 |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Summary: | Edupelancongan adalah suatu perjalanan untuk tujuan pendidikan formal mahupun tidak
formal. Edupelancongan juga merupakan pembelajaran sepanjang hayat dalam
persekitaran semula jadi, sejarah dan budaya yang unik. Mulanya edupelancongan
diperkenalkan di negara-negara maju yang melibatkan pelajar universiti serta pelajar
sekolah. Makalah ini bertujuan untuk menilai keberkesanan aktiviti dan pengalaman
program edupelancongan hutan hujan tropika yang dianjurkan oleh Edupelancongan UKM
Bangi daripada perspektif pelajar sekolah yang telah menyertai program ini. Kajian ini
telah menggunakan pendekatan kuantitatif iaitu pengumpulan data melalui pengedaran
soal selidik secara persampelan bertujuan. Sebanyak 51 pelajar sekolah rendah yang
merupakan peserta Program Edupelancongan di Kampus UKM Bangi terlibat dalam
kajian ini. Hasil kajian mendapati bahawa aktiviti yang dianjurkan oleh Program
Edupelancongan Kampus UKM Bangi telah memberi kesan yang positif kepada pesertanya.
Para pesertanya dapat mengenali pelbagai jenis tumbuhan dan mempelajari ekosistem
alam semula jadi hutan hujan tropika. Program ini turut memberi pengalaman yang
bermakna di samping menambah pengetahuan pelajar sekolah terhadap hutan hujan
tropika. Kesimpulannya, aktiviti dalam setiap program yang dianjurkan mempengaruhi
keberkesanan serta memberi pengalaman kepada pesertanya. Ini dibuktikan apabila di
akhir program, peserta gembira, dan menghayati sikap prihatin dan menyayangi alam
semula jadi. |
---|