Modifikasi drama dekon Seri Panggung karya Marzuki Ali
Drama Seri Panggung adalah salah satu skrip dekon dalam kumpulan dekon Saya dari Tanjung Penaga (2015) hasil karya Marzuki Ali. Drama Seri Panggung mengisahkan tentang seorang perimadona bangsawan yang bernama Munah Sani dan bagaimana beliau mengharungi liku-liku kehidupan dalam dunia tetaer b...
Saved in:
Main Authors: | , |
---|---|
Format: | Article |
Language: | English |
Published: |
Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Kebangsaan Malaysia
2018
|
Online Access: | http://journalarticle.ukm.my/20358/1/155-Article%20Text-240-1-10-20191012.pdf http://journalarticle.ukm.my/20358/ https://spaj.ukm.my/jws/index.php/jws/issue/view/5 |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Summary: | Drama Seri Panggung adalah salah satu skrip dekon dalam kumpulan dekon Saya dari
Tanjung Penaga (2015) hasil karya Marzuki Ali. Drama Seri Panggung mengisahkan tentang
seorang perimadona bangsawan yang bernama Munah Sani dan bagaimana beliau
mengharungi liku-liku kehidupan dalam dunia tetaer bangsawan. Watak Munah Sani dalam
drama Seri Panggung amat mirip sekali dengan bekas perimadona bangsawan yang terkenal
pada iaitu Aminah Nani, atau yang dikenali sebagai Mak Minah dalam kalangan penggiat
bangsawan. Marzuki Ali telah menerapkan kehidupan Aminah Nani ke dalam watak Munah
Sani terutamanya aspek kejayaan yang dikecapi beliau sepanjang bergelar perimadona
bangsawan. Selain itu, drama Marzuki Ali ini juga memaparkan persamaan dengan karya
drama Zakaria Ariffin iaitu Pentas Opera. Subjek utama Zakaria Ariffin dalam drama Pentas
Opera adalah perjuangan anak-anak wayang sebuah kumpulan bangsawan pada era
penjajahan Jepun sehingga pra kemerdekaan Tanah Melayu. Artikel ini mengaplikasikan
teori intertekstualiti dalam drama Seri Panggung. Justeru, analisis ini mengaplikasi salah
satu prinsip intertekstualiti iaitu prinsip modifikasi untuk meneliti drama Seri Panggung.
Objektif kajian ini adalah bertujuan menganalisis proses penyesuaian, perubahan, pindaan
dengan mengaplikasikan prinsip modifikasi daripada teks Pentas Opera ke dalam teks Seri
Panggung. Reka bentuk kajian ini adalah kajian fundamental. Dapatan kajian ini adalah
pengarang telah melakukan modifikasi dari segi latar tempat, latar masyarakat, mesej dan
watak perwatakan di dalam drama Seri Panggung karya Marzuki Ali berdasarkan skrip
Pentas Opera karya Zakaria Ariffin. |
---|