Slanga dalam media sosial : satu pendekatan minimalis
Slanga ialah penggunaan bahasa yang tidak rasmi dan tidak dianggap sebagai bahasa standard dalam bahasa. Slanga juga mempunyai perbendaharaan kosa kata yang tersendiri dan dikategorikan sebagai kosa kata tidak formal. Namun kajian ini ialah mengenai penggunaan slanga yang digunakan dalam media...
Saved in:
Main Authors: | , |
---|---|
Format: | Article |
Language: | English |
Published: |
Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia
2022
|
Online Access: | http://journalarticle.ukm.my/20351/1/54927-180704-1-SM.pdf http://journalarticle.ukm.my/20351/ https://ejournal.ukm.my/ebangi/issue/view/1474 |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Summary: | Slanga ialah penggunaan bahasa yang tidak rasmi dan tidak dianggap sebagai bahasa standard
dalam bahasa. Slanga juga mempunyai perbendaharaan kosa kata yang tersendiri dan
dikategorikan sebagai kosa kata tidak formal. Namun kajian ini ialah mengenai penggunaan
slanga yang digunakan dalam media sosial yang bertujuan untuk interaksi sosial. Objektif
kajian ini adalah untuk menganalisis ayat selapis slanga dalam whatsapp dan instagram
menggunakan kerangka minimalis dan menjelaskan pembentukan jenis ayat yang dianggap
sebagai tidak formal. Kajian yang akan dilakukan oleh pengkaji hanya menggunakan kaedah
kualitatif. Kaedah ini bersifat deskriptif yang lebih kepada penghuraian ‘makna’ ayat yang
dikaji dengan mengumpul dan menjalankan analisis kandungan ke atas 25 ayat slanga daripada
media sosial iaitu Instagram dan Whatsapp sebagai instrumen pemerhatian. Hasil kajian yang
telah diperoleh daripada penggunaan bahasa slanga dalam media sosial seperti Whatsapp dan
Instagram didapati mempunyai hubungan dengan kata ganti nama diri, kata kerja dan pengaruh
bahasa asing. Slanga ini terdiri daripada empat bentuk perkataan slanga iaitu kata slang a yang
merujuk kepada kata ganti nama (KGN) diri, kata slanga merujuk ekspresi, kata slanga merujuk
kata kerja (KK) dan juga kata slanga yang dipengaruhi oleh bahasa asing. Kajian ini berjaya
menunjukkan bahawa penggunaan slanga yang sedang berleluasa akibat media sosial
mempunyai impak yang negatif terhadap bahasa Melayu jika tidak dibendung dengan
sempurna. |
---|