Strategi kelestarian dalam bangunan tinggi

Penulisan ini akan memfokuskan perbincangan berkenaan strategi yang perlu diambil kira dalam merekabentuk sebuah bangunan pencakar langit yang berpandukan senibina lestari. Ini menunjukkan bagaimana perpindahan teknologi di dalam area pembinaan telah diguna pakai dalam sistem bangunan pencakar langi...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Nor Afifah Husen,, Ismar MS. Usman,, Mohd Khairul Azhar Mat Sulaiman,, M.F. Bukhori,
Format: Article
Language:English
Published: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia 2018
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/20156/1/342-1183-2-PB.pdf
http://journalarticle.ukm.my/20156/
https://spaj.ukm.my/jsb/index.php/jdb/issue/view/47/showToc
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Penulisan ini akan memfokuskan perbincangan berkenaan strategi yang perlu diambil kira dalam merekabentuk sebuah bangunan pencakar langit yang berpandukan senibina lestari. Ini menunjukkan bagaimana perpindahan teknologi di dalam area pembinaan telah diguna pakai dalam sistem bangunan pencakar langit untuk mencapai prestasi terbaik. Ini kerana proses merekabentuk bangunan tinggi melibatkan pelbagai bidang termasuklah komponen senibina, struktur, dan sistem HVAC (heat, ventilation and air conditioning). Beberapa contoh bangunan generasi baru yang menitikberatkan kelestarian dalam bangunan dijadikan sebagai rujukan kajian kes. Kajian ini telah menyimpulkan bahawa bangunan tinggi akan menggunakan tenaga yang tinggi, golongan pereka pada generasi akan datang akan beralih kepada strategi rekabentuk “tenaga sifar” secara berperingkat. Dalam pendekatan ini, iklim setempat menjadi salah satu daripada kelebihan untuk rekabentuk bangunan yang menjadikan bangunan itu sendiri sebagai sumber tenaga. Tidak mustahil pada satu masa nanti, bangunan tinggi akan menghasilkan tenaga tambahan yang boleh dijual kepada pusat janakuasa bandar.