Neksus antara indeks syariah dan fundamental makroekonomi

Kajian ini mengukur indeks Syariah berdasarkan Indeks Financial Times Stock Exchange (FTSE) Bursa Malaysia Emas Syariah dan Indeks FTSE Bursa Malaysia Hijrah Syariah. Manakala pemboleh ubah fundamental makroekonomi pula adalah penawaran wang, kadar faedah, kadar pembiayaan dan pulangan kepada pend...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Nur Azura Sanusi,, Mohd Kamal Omar,, Suhal Kusairi,, J. M. Shukri,
Format: Article
Language:English
Published: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia 2018
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/20068/1/jeko_523-2.pdf
http://journalarticle.ukm.my/20068/
https://www.ukm.my/jem/issue/v52i3/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kajian ini mengukur indeks Syariah berdasarkan Indeks Financial Times Stock Exchange (FTSE) Bursa Malaysia Emas Syariah dan Indeks FTSE Bursa Malaysia Hijrah Syariah. Manakala pemboleh ubah fundamental makroekonomi pula adalah penawaran wang, kadar faedah, kadar pembiayaan dan pulangan kepada pendeposit, dan indeks konvensional. Neksus dinamik antara indeks Syariah dan pemboleh ubah fundamental makroekonomi diuji berdasarkan kointegrasi antara pemboleh ubah bagi tempoh Julai 1999 hingga Disember 2017. Dapatan kajian menunjukkan terdapat kointegrasi antara FTSE Bursa Malaysia Emas Syariah dengan pemboleh ubah makroekonomi. Namun dapatan sebaliknya bagi FTSE Bursa Malaysia Hijrah Syariah. Pemboleh ubah yang mempengaruhi Indeks FTSE Bursa Malaysia Emas Syariah dalam jangka panjang dan jangka pendek adalah pemboleh ubah makroekonomi yang sama iaitu kadar pembiayaan dan pulangan kepada pendeposit dan indeks konvensional. Implikasi kajian menunjukkan pemboleh ubah Sistem Perbankan Islam yang dikaji, iaitu kadar pembiayaan dan pulangan kepada pendeposit mampu memainkan peranan sebagai penyuntik modal kepada pasaran modal Islam dalam jangka panjang dan jangka pendek. Ini menunjukkan indeks Syariah memerlukan polisi dan dasar yang sama dalam jangka panjang dan dalam jangka pendek bagi menjamin kekukuhannya dalam pasaran.