Kualiti perkahwinan pada fasa pertama perkahwinan (1-10 tahun) : pengaruh gaya komunikasi dan penyesuaian hidup
Kualiti perkahwinan telah dikaji selama beberapa dekad tetapi penemuan masih berubah-ubah kerana adanya harapan dan permintaan individu yang realistik atau idealistik. Walau bagaimanapun, 10 tahun pertama perkahwinan dilihat sebagai satu fasa yang paling mencabar bagi pasangan berkahwin kerana kedua...
Saved in:
Main Authors: | , , , |
---|---|
Format: | Article |
Language: | English |
Published: |
Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia
2019
|
Online Access: | http://journalarticle.ukm.my/20056/1/34314-107047-1-SM.pdf http://journalarticle.ukm.my/20056/ https://ejournal.ukm.my/ebangi/issue/view/1208 |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Summary: | Kualiti perkahwinan telah dikaji selama beberapa dekad tetapi penemuan masih berubah-ubah kerana adanya harapan dan permintaan individu yang realistik atau idealistik. Walau bagaimanapun, 10 tahun pertama perkahwinan dilihat sebagai satu fasa yang paling mencabar bagi pasangan berkahwin kerana kedua-dua pasangan perlu menangani hidup dan menyesuaikan diri dalam alam perkahwinan. Oleh itu, artikel ini bertujuan untuk mengkaji pengaruh gaya komunikasi dan penyesuaian hidup terhadap kualiti perkahwinan dalam pasangan suami isteri yang telah berkahwin antara satu hingga 10 tahun. Sejumlah 340 responden berusia antara 20 hingga 40 tahun telah terpilih untuk kajian ini. Kajian ini merupakan kajian kuantitatif dengan menggunakan kaedah kajian silang rentas. Responden diberi satu set soal selidik yang terdiri daripada maklumat demografi, skala kualiti perkahwinan, skala gaya komunikasi, dan skala penyesuaian hidup. Berdasarkan hasil regresi berganda, kedua-dua gaya komunikasi (gaya komunikasi terbuka vs gaya komunikasi negatif) dan penyesuaian hidup adalah peramal yang signifikan kepada kualiti perkahwinan dalam kalangan pasangan muda (1-10 tahun perkahwinan) di Malaysia. Kedua-dua peramal menyumbang kepada sejumlah besar varians perkahwinan berkualiti. Kesimpulannya, gaya komunikasi terbuka dan penyesuaian hidup boleh menjadi elemen penting dalam menjamin dan mengekalkan sesebuah perkahwinan dalam jangka masa panjang. Kedua-dua peramal ini juga boleh dicadangkan sebagai modul pasca perkahwinan untuk pasangan berkahwin kurang daripada 10 tahun. |
---|