Tingkah laku beretika dan keupayaan kepimpinan dalam kalangan mahasiswa tahun akhir program kerja sosial
Tingkah laku beretika dan keupayaan kepimpinan merupakan aspek penting dalam kalangan mahasiswa tahun akhir kerja sosial yang bakal menempuh alam pekerjaan sebagai pekerja sosial profesional. Oleh itu, artikel ini disediakan bertujuan untuk mengukur tahap tingkah laku beretika dan keupayaan kepimpin...
Saved in:
Main Authors: | , , |
---|---|
Format: | Article |
Language: | English |
Published: |
Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia
2019
|
Online Access: | http://journalarticle.ukm.my/20003/1/34265-106904-1-SM.pdf http://journalarticle.ukm.my/20003/ https://ejournal.ukm.my/ebangi/issue/view/1205 |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Summary: | Tingkah laku beretika dan keupayaan kepimpinan merupakan aspek penting dalam kalangan mahasiswa tahun akhir kerja sosial yang bakal menempuh alam pekerjaan sebagai pekerja sosial profesional. Oleh itu, artikel ini disediakan bertujuan untuk mengukur tahap tingkah laku beretika dan keupayaan kepimpinan dalam kalangan mahasiswa kerja sosial tahun akhir yang sedang mengikuti pengajian kerja sosial di UKM. Kajian ini dijalankan dengan menggunakan reka bentuk kuantitatif secara tinjauan keratan-lintang (cross-sectional survey). Seramai 30 orang mahasiswa program kerja sosial tahun akhir Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan (FSSK) dipilih sebagai responden kajian. Data kajian telah dianalisis dengan menggunakan analisis deskriptif. Analisis kajian menunjukkan bahawa mahasiswa kerja sosial tahun akhir menunjukkan tahap tingkah laku beretika dan keupayaan kepimpinan pada tahap sederhana ke tahap yang tinggi. Hasil kajian memberi implikasi positif kepada pihak pengurusan universiti khasnya pengurusan program kerja sosial untuk menambahbaik program-program yang boleh membantu meningkatkan tingkah laku beretika dan keupayaan kepimpinan dalam kalangan mahasiswa program kerja sosial di UKM. |
---|