Tahap penggunaan dan sikap terhadap bahasa kebangsaan di bandaraya Kuching, Sarawak
Bahasa Melayu merupakan bahasa kebangsaan negara yang digunakan dalam pelbagai konteks, sama ada urusan rasmi, mahupun komersil. Penggunaan bahasa yang baik dan betul dipengaruhi oleh pelbagai faktor, termasuk sikap pengguna bahasa. Kajian ini meneliti tahap penggunaan bahasa kebangsaan (BK) di p...
Saved in:
Main Authors: | , , , , , , |
---|---|
Format: | Article |
Language: | English |
Published: |
Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia
2022
|
Online Access: | http://journalarticle.ukm.my/19926/1/52971-184427-1-PB.pdf http://journalarticle.ukm.my/19926/ https://ejournal.ukm.my/gema/issue/view/1518 |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Summary: | Bahasa Melayu merupakan bahasa kebangsaan negara yang digunakan dalam pelbagai konteks,
sama ada urusan rasmi, mahupun komersil. Penggunaan bahasa yang baik dan betul dipengaruhi
oleh pelbagai faktor, termasuk sikap pengguna bahasa. Kajian ini meneliti tahap penggunaan
bahasa kebangsaan (BK) di papan-papan tanda premis perniagaan, kain rentang dan gegantung di
dua kawasan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT), iaitu Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU)
dan Majlis Bandaraya Kuching Selatan (MBKS). Kajian ini juga meninjau sikap orang awam
terhadap penggunaan BK di tempat awam sekitar bandaraya Kuching. Kajian lapangan ini
memanfaatkan gambar-gambar papan tanda premis perniagaan, kain rentang dan gegantung di
sekitar Kuching, manakala soal selidik menggunakan Google Form diedarkan kepada 351 orangresponden. Data kajian dianalisis dengan menggunakan pendekatan Zaharani Ahmad et al. (2010)
untuk melihat tahap penggunaan BK. Data daripada soal selidik pula memfokus kepada lima
dimensi, iaitu (i) penguatkuasaan; (ii) kesetiaan bahasa; (iii) kebanggaan bahasa; (iv) norma
bahasa; dan (v) iltizam (hasrat/harapan). Hasil kajian menunjukkan tahap penggunaan BK bagi
kedua-dua PBT, iaitu DBKU dan MBKS bagi kategori premis perniagaan, kain rentang dan
gegantung adalah sangat rendah dan kurang memuaskan. Dari segi sikap masyarakat terhadap BK,
dapatan menunjukkan kebanyakan responden menyokong pemartabatan BK dalam paparan awam
menerusi kelima-lima dimensi yang diteliti. Hal ini jelas menunjukkan bahawa responden
mempunyai persetujuan yang tinggi terhadap kepentingan memartabatkan BK di Bandaraya
Kuching. Implikasinya, usaha lebih gigih daripada pelbagai pihak terutamanya PBT untuk terus
mengukuhkan penggunaan BK di kawasan pentadbirannya menerusi usaha-usaha pemantapan dan
penguatkuasaan undang-undang amat perlu digiatkan kerana walaupun responden kajian
menunjukkan sikap positif terhadap kepentingan pemartabatan BK di tempat awam, namun realiti
dapatan menunjukkan tahap penggunaan BK berada pada tahap lemah. |
---|