Cabaran industri pelancongan serta impak terhadap faktor ekonomi di sekitar Kuah
Kajian ini membincangkan cabaran dan kesan dihadapi oleh penduduk yang terlibat dengan sektor ekonomi apabila Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan ketika situasi penyebaran wabak penyakit pandemik Covid-19. Kawasan kajian yang diberi tumpuan ialah di Kuah, Langkawi. Isu ini sering dikai...
Saved in:
Main Authors: | , |
---|---|
Format: | Article |
Language: | English |
Published: |
Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Kebangsaan Malaysia
2021
|
Online Access: | http://journalarticle.ukm.my/19838/1/431-Article%20Text-601-1-10-20220702.pdf http://journalarticle.ukm.my/19838/ https://spaj.ukm.my/jws/index.php/jws/issue/view/21 |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Summary: | Kajian ini membincangkan cabaran dan kesan dihadapi oleh penduduk yang terlibat dengan sektor
ekonomi apabila Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan ketika situasi penyebaran wabak
penyakit pandemik Covid-19. Kawasan kajian yang diberi tumpuan ialah di Kuah, Langkawi. Isu ini
sering dikaitkan dengan penduduk tempatan yang mana ianya dikatakan telah menjejaskan sektor
utama pekerjaan mereka. Oleh itu, dengan kajian yang dijalankan ini pengkaji dapat mengetahui
impak sebenar yang dihadapi oleh penduduk tempatan ketika Perintah Kawalan Pergerakan
dilaksanakan dari segi pekerjaan, pendapatan, kuasa beli, simpanan dan perbelanjaan bulanan.
Metodologi kajian yang digunakan dalam kajian ialah melalui pembacaan ilmiah untuk mengukuhkan
lagi data primer yang diperoleh. Manakala dari segi pengumpulan data primer melibatkan
pemerhatian, kajian soal selidik dan menemubual pihak berkepentingan. Sampel kajian terdiri
daripada 51 orang responden di pilih secaea rawak dalam kalangan penduduk tempatan yang terlibat
dengan sektor ekonomi di Kuah. Hasil kajian menunjukkan penurunan jumlah pelancong yang datang
ke Langkawi menyebabkan sektor ekonomi yang diceburi telah terjejas selepas perlaksanaan
Perintah Kawalan Pergerakan. Waktu bekerja, kuasa beli dan perbelanjaan mereka turut menjadi
lebih terhad dari sebelumnya. Pihak berkepentingan telah melaksanakan beberapa usaha untuk
membantu penduduk tempatan yang terjejas ketika pandemik Covid-19. Usaha ini akan meringankan
beban yang ditanggung oleh penduduk tempatan. |
---|