Pengurusan risiko bencana : membentuk kesedaran komuniti terhadap peredaan dan persiapan
Kejadian bencana merupakan suatu insiden yang sukar untuk ditetapkan waktu, lokasi, dan impaknya. Kesannya hanya dapat dilihat selepas insiden daripada statistik jumlah korban dan kemusnahan fizikal. Insiden ini kadangkala turut menyebabkan bencana teknologi atau naturalhazard triggered technolog...
Saved in:
Main Authors: | , , , |
---|---|
Format: | Article |
Language: | English |
Published: |
Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia
2022
|
Online Access: | http://journalarticle.ukm.my/19815/1/49554-184746-1-PB.pdf http://journalarticle.ukm.my/19815/ https://ejournal.ukm.my/gmjss/issue/view/1523 |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Summary: | Kejadian bencana merupakan suatu insiden yang sukar untuk ditetapkan waktu, lokasi, dan
impaknya. Kesannya hanya dapat dilihat selepas insiden daripada statistik jumlah korban dan
kemusnahan fizikal. Insiden ini kadangkala turut menyebabkan bencana teknologi atau naturalhazard
triggered technological accidents (NATECH). Kesannya berkemungkinan mencetuskan
letupan, kebakaran, kemusnahan tempat-tempat simpanan kimia, loji pemprosesan dan jajaran
paip gas/petroleum, reaktor nuklear, pelepasan toksid dan sebagainya. Hal ini menjadikan
komuniti amat terdedah sekiranya tidak ditekankan kepentingan tindakan pencegahan melalui
peredaan (mitigation) dan persiapan (preparedness) bagi menghadapi bencana. Keupayaan ini
akan memudahkan fasa seterusnya dalam pengurusan bencana, iaitu fasa tindakbalas (response)
dan pemulihan (recovery). Oleh itu, objektif kajian ini bertujuan: (i) mengenal pasti elemenelemen
utama dalam fasa peredaan dan persiapan menghadapi bencana; dan (ii) mencadangkan
kerangka bagi pengukuran fasa pencegahan dan persiapan menghadapi bencana. Pembentukan
kerangka ini merupakan gabungan penganalisisan dokumen, serta temu bual, pemerhatian dan
perbincangan kumpulan fokus terhadap 129 responden di Penampang, Sabah; Miri dan Bintulu,
Sarawak; Port Dickson, Negeri Sembilan; Daerah Barat Daya dan Timur Laut, Pulau Pinang;
Petaling Jaya dan Shah Alam, Selangor; dan Daerah Hulu Perak, Perak. Dapatan kajian ini
menemukan beberapa elemen utama iaitu pengetahuan, pengalaman, sikap, pendedahan serta
kesedaran bertindakbalas yang mempengaruhi persepsi individu terhadap bencana dan memberi
kesan terhadap aktiviti peredaan dan persiapan dalam menghadapi bencana. Kajian ini
dijangkakan dapat membantu pihak-pihak yang berkaitan dalam pengurusan bencana bagi
merangka dan merekabentuk modul-modul aktiviti dan kurikulum latihan/pendidikan berkaitan
peredaan dan persiapan dalam pengurusan bencana khususnya NATECH. |
---|