Sabitan dan hukuman berkaitan pemandu mabuk menurut hukum syarak
Kerancakan kes kemalangan yang mencanak naik akibat pemanduan mabuk di Malaysia mencetuskan pelbagai desakan serta usaha daripada pelbagai pihak. Meskipun pindaan ke atas Akta Pengangkutan Jalan 1987 telah dikuatkuasakan, namun bilangan kes tetap bertambah. Artikel ini bertujuan untuk menganalisis h...
Saved in:
Main Authors: | , |
---|---|
Format: | Article |
Language: | English |
Published: |
Pusat Penyelidikan Syariah, Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia
2022
|
Online Access: | http://journalarticle.ukm.my/19784/1/JCIL-2022-71-Article-7.pdf http://journalarticle.ukm.my/19784/ http://www.ukm.my/jcil/ |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Summary: | Kerancakan kes kemalangan yang mencanak naik akibat pemanduan mabuk di Malaysia mencetuskan pelbagai desakan serta usaha daripada pelbagai pihak. Meskipun pindaan ke atas Akta Pengangkutan Jalan 1987 telah dikuatkuasakan, namun bilangan kes tetap bertambah. Artikel ini bertujuan untuk menganalisis hukum syarak dan perundangan Islam dalam menangani isu ini. Beberapa aspek disoroti iaitu konsep undang-undang jenayah mabuk dan minum arak, kecederaan dan bunuh, falsafah hukuman serta elemen pencegahan menerusi fiqah al-jināyat. Permasalahan asas melibatkan penentuan hukuman yang bersesuaian turut dibincangkan. Metodologi bagi kajian ini adalah kualitatif. Data bagi kajian ini diperoleh menerusi kaedah kepustakaan dan dianalisis secara tematik dan deskriptif. Kajian ini mendapati bahawa ketegasan syariat Islam dalam menangani jenayah tidak hanya ketika mana berlakunya jenayah dan hukuman, namun seiring dengan pembelaan seadilnya. Kajian ini penting kerana ia menjelaskan nilai sebenar perundangan Islam yang mempunyai nilai-nilai perundangan yang cukup signifikan dan relevan untuk diaplikasikan ke atas perundangan sedia ada. |
---|