Perspektif pengunjung bagi tinjauan pengurusan di Taman Tamadun Islam, Terengganu

Taman Tamadun Islam ialah sebuah kawasan pelancongan tersohor yang terletak di Kuala Terengganu, Terengganu. Sebagai taman yang mampu mencapai tahap pencampuran dua unsur iaitu seni warisan dan seni bina Islam yang dibuka pada 2008, taman ini menjadi antara destinasi kunjungan pelancong dalam dan...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Siti Nor Fazirah Sulaiman,, Rosniza Aznie Che Rose,
Format: Article
Language:English
Published: Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Kebangsaan Malaysia 2021
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/19769/1/417-Article%20Text-574-1-10-20220701.pdf
http://journalarticle.ukm.my/19769/
https://spaj.ukm.my/jws/index.php/jws/issue/view/20
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Taman Tamadun Islam ialah sebuah kawasan pelancongan tersohor yang terletak di Kuala Terengganu, Terengganu. Sebagai taman yang mampu mencapai tahap pencampuran dua unsur iaitu seni warisan dan seni bina Islam yang dibuka pada 2008, taman ini menjadi antara destinasi kunjungan pelancong dalam dan luar negara. Tujuan kajian ini dijalankan untuk mengetahui keadaan sebenar mengenai tahap pengunjung terhadap pihak pengurusan Taman Tamadun Islam. Objektif kajian ini ialah mengenalpasti kekangan yang perlu dihadapi oleh pengunjung, menilai prespektif pengunjung terhadap pengurusan infrastruktur dan mengemukakan kaedah yang dilakukan oleh pihak pengurusan dalam penerimaan pengunjung. Kaedah yang digunakan ialah kuantitatif dan kualitatif melibatkan 78 responden dan 2 informan yang dijadikan sampel bagi kajian ini. Hasil kajian yang diperolehi menunjukkan kekangan yang dihadapi oleh pengunjung atau orang ramai ialah keadaan reka bentuk bangunan di dalam Taman Tamadun Islam dan kadar daya tarikan yang semakin pudar sehingga menyebabkan pengunjung cepat merasakan jemu. Ini menunjukkan taman tersebut belum mencapai tahap kepuasan pengunjung. Pihak pengurusan juga dicadangkan menggunakan langkah penambahbaikan dalam memastikan pengunjung yang datang akan kembali melawat pada masa akan datang. Diharapkan kajian ini dapat dijadikan bahan rujuk kepada pihak pengurusan taman dan kerajaan negeri dalam memastikan destinasi ini dalam pilihan pengunjung kawasan tarikan pelancong domestik dan antarabangsa.