Sosialisasi etnik dalam keluarga, elemen stereotaip dan prejudis serta hubungan sosial mahasiswa dengan etnik lain

Sosialisasi etnik merupakan proses yang penting bagi memastikan individu mempunyai pemahaman yang jelas terhadap latar belakang etnik dan dirinya yang mempunyai nilai, norma, kepercayaan dan tradisi yang tersendiri. Sosialisasi etnik yang positif samada mengenai etnik sendiri atau etnik lain akan...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Aqilah Ahmad,, Azlina Abdullah,
Format: Article
Language:English
Published: Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Kebangsaan Malaysia 2021
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/19768/1/413-Article%20Text-571-1-10-20220701.pdf
http://journalarticle.ukm.my/19768/
https://spaj.ukm.my/jws/index.php/jws/issue/view/20
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Sosialisasi etnik merupakan proses yang penting bagi memastikan individu mempunyai pemahaman yang jelas terhadap latar belakang etnik dan dirinya yang mempunyai nilai, norma, kepercayaan dan tradisi yang tersendiri. Sosialisasi etnik yang positif samada mengenai etnik sendiri atau etnik lain akan membantu individu menjalinkan hubungan sosial yang baik dengan individu yang lain. Objektif kajian adalah untuk meneroka pengalaman sosialisasi etnik dalam keluarga mahasiswa, mengenal pasti elemen stereotaip dan prejudis dalam kalangan mahasiswa serta, menganalisis hubungan sosial mahasiswa dengan etnik lain. Kajian ini telah dijalankan menggunakan kaedah kuantitatif dengan mengedarkan soal selidik secara atas talian terhadap 125 responden yang merupakan mahasiswa prasiswazah Tahun 1, Universiti Kebangsaan Malaysia. Sampel kajian dipilih menggunakan pensampelan bertujuan. Kemudian, data yang diperoleh dianalisis secara statistik deskriptif. Dapatan kajian menunjukkan tahap sosialisasi etnik dalam keluarga mahasiswa mengenai etnik sendiri berada di tahap yang baik. Manakala, bagi pengalaman sosialisasi mengenai etnik lain pula berada di tahap yang sederhana. Elemen stereotaip dan prejudis dalam kalangan mahasiswa pula menunjukkan berada di tahap yang rendah. Manakala, hubungan sosial mahasiswa dengan etnik lain pula berada di tahap yang baik. Kajian telah menunjukkan agen sosialisasi keluarga memainkan peranan penting dalam proses sosialisasi etnik. Sosialisasi etnik yang jelas oleh keluarga akan membantu individu untuk memahami etniknya sendiri secara menyeluruh. Proses sosialisasi dan hubungan sosial antara individu perlu diteruskan dalam konteks kajian kerana kekangan untuk berinteraksi secara bersemuka pada masa sekarang disebabkan oleh pandemik, mungkin akan memberikan kesan kepada generasi baharu.