Siasatan cukai di Malaysia : kajian penerokaan ke atas kes syarikat
Di Malaysia, kajian ke atas siasatan cukai adalah terhad disebabkan oleh faktor kerahsian maklumat yang tinggi. Maka wujud jurang yang besar di antara amalan pentadbir cukai dan pengetahuan orang ramai terhadap kes-kes siasatan cukai, khususnya syarikat. Justeru kajian ini bertujuan mendedahkan stra...
Saved in:
Main Authors: | , , , |
---|---|
Format: | Article |
Language: | English |
Published: |
Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia
2018
|
Online Access: | http://journalarticle.ukm.my/19721/1/28734-90586-1-PB.pdf http://journalarticle.ukm.my/19721/ https://ejournal.ukm.my/ajac/issue/view/1139/showToc |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Summary: | Di Malaysia, kajian ke atas siasatan cukai adalah terhad disebabkan oleh faktor kerahsian maklumat yang tinggi. Maka wujud jurang yang besar di antara amalan pentadbir cukai dan pengetahuan orang ramai terhadap kes-kes siasatan cukai, khususnya syarikat. Justeru kajian ini bertujuan mendedahkan strategi pengelakan cukai melalui pelarasan yang kerap dilakukan oleh syarikat, ciri-ciri syarikat yang disiasat, dan purata tempoh kes selesai. Ini merupakan kajian penerokaan menggunakan data kes siasatan cukai yang diperolehi daripada Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) bagi tempoh 2012 hingga 2014. Daripada 838 kes, hasil mendapati bentuk pengelakan cukai yang paling kerap dilakukan adalah pelarasan jualan, melibatkan syarikat kecil dan sederhana dengan jualan di bawah RM500,000 setahun sebagai pelaku utama. Berdasarkan sektor, yang paling banyak disiasat ialah syarikat daripada perniagaan pemborong dan peruncit. Hasil kajian juga mendapati secara purata satu kes siasatan cukai diselesaikan dalam tempoh 22 bulan dengan majoriti kes melibatkan tempoh melebihi 18 bulan. Dapatan kajian ini menjadi asas untuk membantu penyelidik seterusnya mencari sebab mengapa siasatan cukai mengambil masa yang lama untuk diselesaikan yang memberi kesan negatif ke atas hasil kutipan cukai negara. |
---|