Perbandingan penggunaan leksikal Tamil antara generasi X,Y dan Z
Kajian ini meneliti perbandingan penggunaan leksikal Tamil antara generasi X, Y dan Z. Dalam kajian lepas, penggunaan leksikal Tamil antara generasi hanya dilakukan antara satu generasi tertentu sahaja tanpa meneliti secara terperinci penggunaan leksikal antara beberapa generasi, seterusnya menge...
Saved in:
Main Authors: | , |
---|---|
Format: | Article |
Language: | English |
Published: |
Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Kebangsaan Malaysia
2022
|
Online Access: | http://journalarticle.ukm.my/19695/1/465-Article%20Text-666-1-10-20220707.pdf http://journalarticle.ukm.my/19695/ https://spaj.ukm.my/jws/index.php/jws/issue/view/25 |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Summary: | Kajian ini meneliti perbandingan penggunaan leksikal Tamil antara generasi X, Y dan Z.
Dalam kajian lepas, penggunaan leksikal Tamil antara generasi hanya dilakukan antara satu
generasi tertentu sahaja tanpa meneliti secara terperinci penggunaan leksikal antara
beberapa generasi, seterusnya mengenal pasti perbezaan yang wujud antara generasi. Oleh
itu, kajian ini dilakukan untuk mengenal pasti kategori leksikal yang digunakan oleh
generasi X, Y dan Z mengklasifikasikan penggunaan leksikal Tamil antara generasi X, Y dan
Z dan akhir sekali menganalisis data leksikal Tamil yang digunakan oleh generasi X, Y dan Z
dengan menggunakan model pembentukan kata oleh Yule.G. Data kajian diperolehi daripada
soal selidik. Soal selidik diedarkan kepada 150 responden dari 4 buah negeri di Malaysia
iaitu, Kuala Lumpur dan Klang di Selangor, Tanjung Pillai dan Sengkang Kulai di Johor,
Ipoh dan Gopeng di Perak dan akhir sekali Cameron Highlands di Pahang. Hasil kajian
menunjukkan bahawa wujudnya 6 pengkategorian leksikal Tamil antara generasi iaitu,
pemajmukan, campuran, derivasi, pemendekan, peminjaman dan penciptaan berdasarkan
model Yule.G. Antara keenam-enam kategori ini kategori penciptaan digunakan secara
berleluasa dalam pembentukan leksikal Tamil antara generasi. Kesimpulannya, walaupun
perbezaan penggunaan leksikal Tamil antara generasi X, Y dan Z tidak menunjukkan
perbezaan yang ketara, namun begitu, masih terdapat perbezaan penggunaan leksikal. |
---|