Gangguan sindrom kesepian terhadap warga emas di Sabah

Negeri Sabah telah merekodkan jumlah penduduk warga emas sebanyak 3.7 peratus yang menunjukkan pertambahan berlaku pada tahun 2020 yang lalu. Pertambahan ini mendatangkan banyak isu yang sering berbangkit mengenai sindrom kesepian dalam kalangan warga emas akibat penghijrahan penduduk Sabah. Isu...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Nurul Atikah Bakri,, Rosniza Aznie Che Rose,
Format: Article
Language:English
Published: Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Kebangsaan Malaysia 2021
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/19688/1/399-Article%20Text-566-1-10-20220701.pdf
http://journalarticle.ukm.my/19688/
https://spaj.ukm.my/jws/index.php/jws/issue/view/19
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Negeri Sabah telah merekodkan jumlah penduduk warga emas sebanyak 3.7 peratus yang menunjukkan pertambahan berlaku pada tahun 2020 yang lalu. Pertambahan ini mendatangkan banyak isu yang sering berbangkit mengenai sindrom kesepian dalam kalangan warga emas akibat penghijrahan penduduk Sabah. Isu migrasi seorang anak lalu meninggalkan ibu bapa mereka adalah situasi yang kerap terjadi sehingga menjejaskan kualiti kehidupan yang seharusnya warga emas ini peroleh. Kajian yang dijalankan ini akan merungkai isu dan implikasi kesepian yang berlaku kepada warga emas ini akibat ditinggalkan oleh anak dewasa. Objektif utama kajian ini ialah membincangkan impak sindrom kesepian warga emas di Sabah akibat penghijrahan keluar penduduk Sabah. Ia dilakukan menggunakan analisis dokumen berdasarkan 20 sumber bahan rujukan utama bagi mempertahankan lagi kajian ini. Berdasarkan hasil kajian, berlaku pertambahan jumlah penghijrahan keluar terhadap penduduk di Sabah. Perkara inilah yang menimbulkan risiko sindrom dalam kalangan warga emas yang mana implikasi sindrom kesepian ini akan berterusan jika tidak dirawat. Namun demikian, terdapat juga beberapa saranan yang bermanfaat untuk warga emas bagi menceriakan semula kehidupan mereka dalam melakukan aktiviti di dalam atau di luar rumah terutama melalui Pusat Aktiviti Warga Emas. Oleh itu, diharapkan akan adanya penambahbaikan dalam peeanan intergenerasi serta pengurusan dari pihak PAWE agar dapat mengurangkan isu sebegini di masa hadapan.