Pendidikan vernakular : masalah dan cabaran British dalam pembangunan pendidikan di Melaka

Artikel ini merupakan suatu penelitian yang menyentuh permasalahan dan cabaran British dalam membangunkan sistem pendidikan di Melaka dari tahun 1826 hingga tahun 1940-an. Ia melibatkan pertembungan sudut pandang dan perspektif antara semua kaum termasuklah kaum Melayu, Cina, India dan Inggeris y...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Siti Maisarah Othman,, Suffian Mansor,
Format: Article
Language:English
Published: Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Kebangsaan Malaysia 2021
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/19687/1/395-Article%20Text-565-1-10-20220701.pdf
http://journalarticle.ukm.my/19687/
https://spaj.ukm.my/jws/index.php/jws/issue/view/19
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Artikel ini merupakan suatu penelitian yang menyentuh permasalahan dan cabaran British dalam membangunkan sistem pendidikan di Melaka dari tahun 1826 hingga tahun 1940-an. Ia melibatkan pertembungan sudut pandang dan perspektif antara semua kaum termasuklah kaum Melayu, Cina, India dan Inggeris yang terdapat di Melaka. Pertembungan stereotaip ini timbul disebabkan oleh dasar polarisasi British ke atas semua kaum di Melaka sehingga memberi impak terhadap pembangunan sistem pendidikan British itu sendiri. Polarisasi terhadap sistem pendidikan ini menjadikan setiap kaum termasuklah kaum Cina dan India ingin mengamalkan sistem pendidikan secara persendirian secara tidak langsung menyebabkan British terpaksa berhadapan dengan masalah dan cabaran tertentu. Kaedah kajian yang digunakan dalam kajian ini adalah kajian kualitatif yang merangkumi kaedah kepustakaan dan arkib serta kaedah lapangan bagi mendapatkan data. Oleh itu, kertas kajian ini akan menyentuh mengenai masalah dan cabaran yang dihadapi oleh British dalam memastikan sistem pendidikan vernakular dapat dilaksanakan di Melaka, serta langkah yang berkesan dapat diambil dalam menangani konflik di antara ketiga-tiga kaum utama ini.