Pengaruh kemasukan migran Indonesia terhadap kesejahteraan ekonomi penduduk di Tawau, Sabah

Tujuan kajian ini dijalankan adalah untuk membahaskan mengenai isu yang sering berbangkit di kawasan kajian ini iaitu mengenai pengaruh kedatangan migran Indonesia terhadap kesejahteraan penduduk tempatan di Tawau, Sabah. Isu ini sering terjadi kepada penduduk tempatan yang sememangnya telah lama...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Nurasyiva Juda,, Rosniza Aznie Che Rose,
Format: Article
Language:English
Published: Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Kebangsaan Malaysia 2021
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/19685/1/394-Article%20Text-562-1-10-20220701.pdf
http://journalarticle.ukm.my/19685/
https://spaj.ukm.my/jws/index.php/jws/issue/view/19
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Tujuan kajian ini dijalankan adalah untuk membahaskan mengenai isu yang sering berbangkit di kawasan kajian ini iaitu mengenai pengaruh kedatangan migran Indonesia terhadap kesejahteraan penduduk tempatan di Tawau, Sabah. Isu ini sering terjadi kepada penduduk tempatan yang sememangnya telah lama hidup dalam persekitaran yang sama dengan penduduk Indonesia sehingga dapat menjejaskan keadaan kesejahteraan mereka. Oleh itu, dengan kajian yang dijalankan ini pengkaji dapat mengetahui dengan lebih lanjut berkaitan isu ini iaitu mengkaji mengenai pengaruh migrasi masuk penduduk Indonesia terhadap kesejahteraan warga tempatan dari aspek ekonomi. Terdapat tiga objektif utama dalam kajian ini yang telah dibina iaitu, mengenalpasti penduduk tempatan yang tinggal dalam persekitaran yang sama dengan penduduk Indonesia, mengkaji pengaruh migrasi masuk penduduk Indonesia terhadap kesejahteraan penduduk tempatan dalam aspek sosioekonomi dan mencadangkan langkah dalam meningkatkan kesejahteraan penduduk tempatan di Tawau, Sabah. Metodologi yang digunakan dalam kajian ini ialah analisis hybrid iaitu dokumen dan kuantitatif. Sampel kajian terdiri daripada 95 orang responden yang mewakili setiap ketua isi rumah yang berwarganegara Malaysia sahaja dalam kalangan yang berumur 18 tahun ke atas sahaja. Berdasarkan daripada hasil kajian yang diperoleh, terdapat 76 % responden memang menetap dalam persekitaran yang sama dengan penduduk Indonesia di daerah ini yang sangat berpotensi untuk dipengaruhi oleh migran tersebut. Oleh itu, diharapkan agar isu lambakan migran Indonesia di daerah ini dapat diatasi dengan sebaiknya untuk mengelakkan pengaruh negatif ke atas penduduk tempatan semakin meningkat.