Pengurusan fiskal pihak berkuasa tempatan yang berstatus Majlis Bandaraya di Zon Tengah Semenanjung Malaysia
keunikan Majlis bandaraya berbanding dengan pihak berkuasa tempatan yang lain adalah dapat mentadbir kawasan maju dengan kepadatan penduduk dan pendapatan isirumah yang tinggi, dan sekaligus boleh menjana lebih pendapatan fiskal. Namun begitu, permintaan pembayar cukai setempat terhadap barangan a...
Saved in:
Main Authors: | , , , , , |
---|---|
Format: | Article |
Language: | English |
Published: |
Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia
2018
|
Online Access: | http://journalarticle.ukm.my/19626/1/jeko_521-7.pdf http://journalarticle.ukm.my/19626/ https://www.ukm.my/jem/issue/v52i1/ |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Summary: | keunikan Majlis bandaraya berbanding dengan pihak berkuasa tempatan yang lain adalah dapat mentadbir
kawasan maju dengan kepadatan penduduk dan pendapatan isirumah yang tinggi, dan sekaligus boleh menjana
lebih pendapatan fiskal. Namun begitu, permintaan pembayar cukai setempat terhadap barangan awam tempatan
turut menjadi semakin kompleks dari masa ke semasa. Maka, pengurusan dan takbir urus belanjawan yang baik
adalah penting supaya Majlis Bandaraya tersebut tidak berhadapan dengan defisit fiskal dan hutang awam yang
berpanjangan. Justeru, kajian ini bertujuan untuk menguji hubungan jangka panjang (kointegrasi) dan arah
hubungan sebab-menyebab antara hasil, belanja, imbangan fiskal dan hutang awam mengikut Majlis Bandaraya
di zon tengah Semenanjung Malaysia. Dua kategori data digunakan iaitu data agregat bagi semua pemboleh ubah,
dan data mengikut komponen hasil cukai, bukan cukai dan terimaan bukan hasil bagi pemboleh ubah hasil serta
belanja mengurus dan pembangunan bagi pemboleh ubah belanja. Penemuan penting kajian dengan menggunakan
model auto regresif lat tertabur (autoregressive distributed lag, ArDL) menunjukkan bahawa Dewan bandaraya
kuala Lumpur dan Majlis bandaraya Shah Alam menggunakan hipotesis belanja-hasil, manakala Majlis bandaraya
Petaling Jaya mempraktiskan hipotesis penyelarasan fiskal dalam jangka pendek dan jangka panjang. Di samping
itu, komponen belanja mengurus iaitu belanja perkhidmatan dan bekalan, belanja pembangunan dan jumlah
belanja lebih cenderung mempengaruhi hasil cukai. tetapi bagi kes Majlis bandaraya Petaling Jaya, hasil cukai
turut mempengaruhi jumlah belanja. Penemuan baharu kajian ini mencadangkan agar Majlis bandaraya perlu
meningkatkan kecekapan peruntukan terhadap semua instrumen fiskal, terutama sekali komponen belanja mengurus
dan hasil cukai bagi tujuan pengukuhan fiskal pada masa hadapan. |
---|