Kedudukan hadis mursal menurut Maulana Muḥammad Zakariyyā al-Kāndahlawiyy (1315-1402h/1898-1982) dalam kitab Awjaz al-Masālik Ilā Muwaṭṭa’ Mālik
Hadis mursal dikenali ulama merupakan bagian dari hadis dacif. Salah satu kitab yang memuatkan hadis mursal adalah kitab al-Muwaṭṭa’ karya Imam Mālik. Kitab ini telah banyak disyarah para ulama, dan di antara mereka ada yang hanya fokus kepada kajian rijāl al-Muwaṭṭa’, sementara ada pula yang lain...
Saved in:
Main Authors: | , , , |
---|---|
Format: | Article |
Language: | English |
Published: |
Pusat Kelestarian Turath Islami, Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia
2022
|
Online Access: | http://journalarticle.ukm.my/19613/1/221-405-1-SM.pdf http://journalarticle.ukm.my/19613/ https://spaj.ukm.my/jalturath/index.php/jalturath/issue/view/15 |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Summary: | Hadis mursal dikenali ulama merupakan bagian dari hadis dacif. Salah satu kitab yang memuatkan hadis
mursal adalah kitab al-Muwaṭṭa’ karya Imam Mālik. Kitab ini telah banyak disyarah para ulama, dan di
antara mereka ada yang hanya fokus kepada kajian rijāl al-Muwaṭṭa’, sementara ada pula yang lain memberi
tumpuan kepada ilmu fiqah, bahkan ada juga yang memperjelaskan kedudukan hadis-hadis di dalam al-
Muwaṭṭa’. Salah satu ulama yang mensyarah kitab al-Muwaṭṭa’ Mālik adalah Muḥammad Zakariyyā al-
Kāndahlawiyy (1315-1402H/1898-1982). Beliau memberikan nama kitab beliau dengan nama kitab Awjaz
al-Masālik Ilā Muwaṭṭa’ Mālik. Di dalam kitab ini beliau memberikan jalan tengah dalam menyelamatkan
hadis-hadis yang berstatus mursal. Artikel ini membahaskan bagaimana kedudukan hadis mursal menurut
Muḥammad Zakariyyā al-Kāndahlawiyy. Justeru, kajian ini menggunakan reka bentuk kualitatif dengan
menggunakan kaedah analisis dokumen. Hasil kajian mendapati bahawa semua hadis mursal yang berada
dalam kitab Awjaz al-Masālik Ilā Muwaṭṭa’ Mālik telah diselamatkan oleh beliau dengan berstatus: pertama
ṣaḥīḥ kerana hadisnya bersambung di dalam ṣaḥīḥ al-Bukhari dan ṣaḥīḥ Muslim; kedua, hadis yang mursal
disambung ditempat kutub al-sittah (selain ṣaḥīḥ al-Bukhari dan ṣaḥīḥ Muslim). Ketiga, hadis tetap berstatus
mursal dengan tidak tersambung kitab-kitab hadis lain. |
---|