Fasad hijau sebagai pendekatan mampan bagi negara panas tropika

Pendekatan fasad hijau telah menjadi trend yang tidak lagi asing dalam persekitaran dunia pembinaan yang kian meningkat dalam beberapa tahun kebelakangan ini. Penggabungan pepohon hidup ke dalam persekitaran bandar bukan hanya kelihatan lebih menarik, tetapi turut memberikan pelbagai faedah dan impa...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Khairunnadia Mohd Safaai,, Mazlan Mohd Tahir,, M. F. Bukhori,
Format: Article
Language:English
Published: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia 2021
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/19504/1/581-1874-1-PB.pdf
http://journalarticle.ukm.my/19504/
https://spaj.ukm.my/jsb/index.php/jdb/issue/view/53/showToc
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Pendekatan fasad hijau telah menjadi trend yang tidak lagi asing dalam persekitaran dunia pembinaan yang kian meningkat dalam beberapa tahun kebelakangan ini. Penggabungan pepohon hidup ke dalam persekitaran bandar bukan hanya kelihatan lebih menarik, tetapi turut memberikan pelbagai faedah dan impak yang berbeza. Fasad hijau dihasilkan daripada tumbuhan yang memanjat dan merayap ke fasad bangunan, bermula daripada tumbuhan yang berakar dari tanah atau tumbuh di dalam sesebuah bekas yang dipasang pada tingkat yang berbeza di seluruh bangunan. Kajian ini dijalankan bagi mencapai objektif kajian iaitu untuk mengenalpasti aplikasi fasad hijau dalam bangunan, menentukan keberkesanan sistem penghijauan fasad hijau dalam aplikasi bangunan dan memperkenalkan solusi untuk mengatasi masalah panas melampau dalam bangunan melalui elemen fasad hijau. Bagi mencapai objektif kajian, pendekatan kualitatif iaitu prosedur penyelidikan yang menghasilkan data gambaran yang boleh diamati telah digunakan melalui kaedah kajian kepustakaan. Pencarian bahan rujukan adalah menggunakan pangkalan data ScienceDirect, Google Scholar, serta Mendeley. Oleh itu, beberapa artikel telah dirujuk sebagai sumber bahan bacaan utama dan dipilih bagi mendapatkan data lebih terperinci mengenai fasad hijau. Seterusnya, kajian ini turut menggunakan kajian kes tempatan dan antarabangsa bagi menghimpun, memperoleh data, dan meraih pemahaman dalam meneroka fasad hijau dalam konteks iklim di negara panas tropika. Kaedah soal selidik secara atas talian juga telah digunakan untuk menilai pandangan mengenai penerapan fasad hijau. Keputusan yang didapati menunjukkan bahawa fasad hijau mampu mengubah persekitaran mikro dan makro, iklim, dapat memulihkan ekologi dan memberi manfaat kepada ekonomi.