Perhubungan antara kualiti tidur dan prestasi akademik mahasiswa sarjana muda Universiti Kebangsaan Malaysia
Kualiti tidur adalah penting dalam memastikan kesihatan fungsi minda yang penting. Terdapat banyak kajian yang menunjukkan kepentingan kualiti tidur ke atas prestasi akademik. Pelbagai spekulasi wujud dalam menyatakan hubungan antara kualiti tidur dan prestasi akademik pelajar institusi pendidika...
Saved in:
Main Authors: | , |
---|---|
Format: | Article |
Language: | English |
Published: |
Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Kebangsaan Malaysia
2022
|
Online Access: | http://journalarticle.ukm.my/19458/1/457-Article%20Text-651-1-10-20220705%20%281%29.pdf http://journalarticle.ukm.my/19458/ https://spaj.ukm.my/jws/index.php/jws/issue/view/24 |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Summary: | Kualiti tidur adalah penting dalam memastikan kesihatan fungsi minda yang penting. Terdapat
banyak kajian yang menunjukkan kepentingan kualiti tidur ke atas prestasi akademik. Pelbagai
spekulasi wujud dalam menyatakan hubungan antara kualiti tidur dan prestasi akademik pelajar
institusi pendidikan tinggi di Malaysia. Oleh itu, kajian ini dilakukan untuk meneliti dan
meningkatkan kefahaman semua pihak tentang hubungan kualiti tidur dan prestasi akademik.
Objektif utama kajian ini ialah untuk mengkaji hubungan antara kualiti tidur dan prestasi
akademik dalam kalangan mahasiswa sarjanamuda Universiti Kebangsaan Malaysia. Kajian ini
menggunakan rekabentuk kuantitatif dan untuk mengkaji hubungan antara kualiti tidur dan
prestasi akademik. Sejumlah 425 pelajar dari semua fakulti diUKM telah dijadikan responden
dan menjawab tinjauan soalselidik mengenai kualiti tidur mereka (Pittsburgh indeks kualiti tidur,
PSQI) dan CGPA. Kajian ini dilakukan pada pertengahan semester untuk mengawal faktor
tekanan daripada mempengaruhi kualiti tidur pelajar. Perbezaan faktor demografi dalam kualiti
tidur pelajar juga dikaji dan hasil kajian menunjukkan tiada perbezaan yang signifikan antara
faktor demografi dalam kualiti tidur pelajar sarjana muda UKM. Penyelidik juga telah mengkaji
dan meneliti arah hubungan bagi corak tidur dan prestasi akademik bagi mengenalpasti corak
tidur yang sesuai bagi prestasi akademik yang optimum. Akhir sekali, kajian ini juga akan
mengkaji hubungan antara disfungsi siang hari dan prestasi akademik. Hasil kajian
menunjukkan tiada hubungan yang signifikan antara kualiti tidur, disfungsi siang hari serta
corak tidur dengan prestasi akademik. |
---|