Strategi daya tindak dalam menangani isu pengangguran dalam kalangan graduan IPTA yang terkesan akibat pandemik COVID-19

Pandemik COVID-19 yang melanda negara ini telah meningkatkan lagi bilangan penganggur di Malaysia. Lambakan graduan yang cemerlang baik daripada keluaran institut pengajian tinggi mahupun lepasan sekolah telah memenuhi sektor pencarian pekerjaan namun bilangan pekerjaan yang ditawarkan adalah ter...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Nur Ain Shahida Alias,, Noremy Md Akhir,
Format: Article
Language:English
Published: Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Kebangsaan Malaysia 2022
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/19453/1/452-Article%20Text-639-1-10-20220705.pdf
http://journalarticle.ukm.my/19453/
https://spaj.ukm.my/jws/index.php/jws/issue/view/24
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Pandemik COVID-19 yang melanda negara ini telah meningkatkan lagi bilangan penganggur di Malaysia. Lambakan graduan yang cemerlang baik daripada keluaran institut pengajian tinggi mahupun lepasan sekolah telah memenuhi sektor pencarian pekerjaan namun bilangan pekerjaan yang ditawarkan adalah terhad. Tambahan lagi, apabila berlakunya pandemik COVID-19, graduan baharu khususnya sukar mendapatkan peluang pekerjaan kerana bimbang akan penularan wabak ini. Kajian ini telah membincangkan mengenai strategi daya tindak yang digunakan bagi mengatasi isu ini. Kajian ini dijalankan secara atas talian dan memfokuskan kepada graduan IPTA sahaja. Metodologi kajian ini adalah kaedah kualitatif. Bilangan informan yang terlibat adalah seramai tujuh orang dan kesemua informan merupakan graduan IPTA yang berusia sekitar 23 tahun hingga 26 tahun. Kajian ini telah mengenalpasti empat strategi daya tindak yang digunakan oleh graduan iaitu meningkatkan kemahiran dan tambah nilai diri, mencipta peluang pekerjaan baharu, tidak memilih pekerjaan dan mempromosikan diri. Selain itu, hasil kajian ini dapat membantu memperkembangkan lagi sektor pendidikan kerja sosial dengan mewujudkan kefahaman yang lebih luas terhadap isu pengangguran ini. Pengkaji berharap agar kajian ini dapat memberi manfaat kepada pihak berkepentingan agar isu pengangguran dapat dibendung dan secara tidak langsung mengurangkan jurang kemiskinan dalam kalangan masyarakat.