Kajian keberkesanan undang-undang faraid di Malaysia
Undang-undang pentadbiran harta pusaka Islam atau faraid yang sedia ada di Malaysia adalah gabungan di antara undang-undang sivil dan hukum Syarak. Walaupun undang-undang ini telah diamalkan berabad lamanya namun ianya memerlukan penelitian semula, memandangkan terdapat beberapa isu-isu yang memb...
Saved in:
Main Authors: | , , |
---|---|
Format: | Article |
Language: | English |
Published: |
Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia
2019
|
Online Access: | http://journalarticle.ukm.my/19439/1/33759-106442-1-PB.pdf http://journalarticle.ukm.my/19439/ https://ejournal.ukm.my/akademika/issue/view/1199 |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Summary: | Undang-undang pentadbiran harta pusaka Islam atau faraid yang sedia ada di Malaysia adalah gabungan
di antara undang-undang sivil dan hukum Syarak. Walaupun undang-undang ini telah diamalkan berabad
lamanya namun ianya memerlukan penelitian semula, memandangkan terdapat beberapa isu-isu yang
membabitkan sistem pengurusan dan pentadbiran pusaka yang masih kabur, tidak jelas dan mengelirukan.
Malahan masih ramai orang Islam yang tertanya-tanya apakah proses penyelesaian pusaka yang sebenarnya,
yang mudah dan berkesan, serta siapakah yang sebenarnya terlibat dalam pengurusan dan pentadbiran harta
pusaka. Ini kerana terdapat empat agensi yang terlibat iaitu Amanah Raya Berhad, Seksyen Pembahagian
Pusaka Kecil, Mahkamah Tinggi dan Mahkamah Syariah. Sehubungan dengan itu keperluan kepada sistem
yang berkesan amat mendesak supaya keadilan dalam keluarga dan masyarakat dapat ditegakkan. Kajian
ini melibatkan analisa undang-undang pentadbiran faraid di Malaysia dan kajian lapangan mengenai
keberkesanan undang-undang dalam memastikan pentadbiran harta pusaka orang Islam yang berkesan.
Dapatan kajian antara lain merumuskan bahawa Akta Pusaka Kecil 1955 dan Akta Probet dan Pentadbiran
1959 perlu disemak dan dipinda semula untuk memperkemaskan pengurusan dan pentadbiran faraid dan
penubuhan mahkamah pusaka atau satu pusat sehenti yang mengurus dan mentadbir harta pusaka orang
Islam. Sekiranya undang-undang berkesan dan memudahkan masyarakat, keadilan dapat ditegakkan dan
orang Islam akan mendapat faedah yang begitu banyak termasuk faedah sosial dan ekonomi di mana ahli
keluarga akan reda dengan hak mereka disamping dapat mengunakan harta yang diperolehi untuk keperluan
ekonomi. |
---|