Gangguan selingkuh dalam kalangan pekerja: satu cabaran pelaksanaan perundangan di Asean
Pekerja mempunyai tanggungjawab yang besar terhadap negara dan masyarakat. Mereka di harapkan menyumbang tenaga dan kepakaran untuk memajukan negara dan perlu menjadi contoh dalam masyarakat untuk bertingkah laku baik, mempunyai kepatuhan kepada peraturan dan undang-undang. Dalam konteks perkahwi...
Saved in:
Main Authors: | , , |
---|---|
Format: | Article |
Language: | English |
Published: |
Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia
2019
|
Online Access: | http://journalarticle.ukm.my/19435/1/33739-106435-1-PB.pdf http://journalarticle.ukm.my/19435/ https://ejournal.ukm.my/akademika/issue/view/1199 |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Summary: | Pekerja mempunyai tanggungjawab yang besar terhadap negara dan masyarakat. Mereka di harapkan
menyumbang tenaga dan kepakaran untuk memajukan negara dan perlu menjadi contoh dalam masyarakat
untuk bertingkah laku baik, mempunyai kepatuhan kepada peraturan dan undang-undang. Dalam konteks
perkahwinan, Artikel 16, Convention on the Elimination of All Forms of Discrimination against Women
(resolution 34/180 of 18 December 1979) memperuntukkan (a) Wanita di berikan hak yang sama untuk memasuki
perkahwinan (Artikel 16 (a)); bebas berkahwin dengan memberi kebebasan dan kerelaan sepenuh daripadanya
(Artikel 16 (b)) dan (c) memiliki hak dan tanggungjawab yang sama semasa dalam perkahwinan dan penceraian.
Dengan itu, setiap pasangan berkahwin berhak menikmati suatu kehidupan bekeluarga yang bahagia dan bebas
daripada apa-apa gangguan yang boleh mengancam keluarganya.Selingkuh menurut pandangan orang awam
adalah tingkah laku yang tidak jujur dalam menjalani kehidupan berkeluarga.Kajian menggunakan metodologi
kajian kualitatif perundangan dan menganalisis secara diskriptif berdasarkan data yang di perolehi daripada
sumber literatur dalam bidang kajian kekeluargaan, gender dan perundangan.Dalam konteks penulisan kertas
kerja ini, tumpuan perbincangan kepada konteks perundangan Indonesia. Perlakuan selingkuh di tafsirkan
dalam Kitab Undang-Undang Hukum Pidana (KUHP) sebagai satu kesalahan moral (jenayah kesusilaan)
yang melanggar keamanan awam. Kertas kerja ini mengkaji antaranya (a) perspektif (pendefinisian) dan
permasalahan selingkuh di Indonesia (b) pelbagai perundangan berkaitan anti-gangguan selingkuh dan
aplikasi nya yang melibatkan pekerja awam; (c) permasalahan dalam penguatkuasaan perundangan berkaitan
dan akhirnya, (d) mencadangkan penyelesaian kepada gangguan selingkuh di tempat kerja. |
---|