Bab Buruh dalam Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA) : kesan kepada perundangan buruh Malaysia
Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA) merupakan satu perjanjian perdagangan baru yang dilihat sebagai perjanjian ulung hasil daripada rundingan lebih sedekad. Perjanjian ini juga perjanjian yang amat sensasi disebabkan perubahan dan pergerakan baru dunia perdagangan yang dipimpin oleh Amerik...
Saved in:
Main Authors: | , |
---|---|
Format: | Article |
Language: | English |
Published: |
Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia
2019
|
Online Access: | http://journalarticle.ukm.my/19434/1/33643-106434-1-PB.pdf http://journalarticle.ukm.my/19434/ https://ejournal.ukm.my/akademika/issue/view/1199 |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Summary: | Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA) merupakan satu perjanjian perdagangan baru yang dilihat
sebagai perjanjian ulung hasil daripada rundingan lebih sedekad. Perjanjian ini juga perjanjian yang amat
sensasi disebabkan perubahan dan pergerakan baru dunia perdagangan yang dipimpin oleh Amerika Syarikat.
Perjanjian yang dilihat sebagai perjanjian perdangangan yang terulung dalam dunia perdagangan abad
ke-21 ini bakal membawa perubahan besar kepada negara dalam pelbagai sektor khususnya perdagangan
dan ekonomi. Perjanjian perdagangan ini bukan sahaja menyentuh isu perdagangan tetapi turut menyentuh
banyak aspek lain seperti piawaian buruh, alam sekitar dan harta intelek. TPPA memberi impak secara
langsung kepada undang-undang buruh di Malaysia dalam menepati Bab Buruh seperti yang diperuntukkan
di bawah TPPA. Adakah Malaysia perlu mengekalkan sistem buruh sedia adadengan sedikit pindaan ataupun
perlu kepada transformasibesar bagi merealisasikan keberkesanan TPPA? Metodologi kajian yang digunakan
adalah analisis teori berdasarkan data yang diterbitkan secara sumber primer dan sekunder. Artikel ini
bertujuan untuk menganalisis implikasi perundangan buruh di Malaysiasetelah Malaysiamenandatangani
TPPA yang turut disertai oleh 11 buah negara lain. Dapatan awal kajian menunjukkan bahawa beberapa
undang-undang buruh di Malaysia perlu dipinda sebagai memenuhi obligasi pematuhan kepada piawaian
buruh antarabangsa seperti yang ditetapkan di bawah TPPA. |
---|