Tahap pengetahuan dan impak kegiatan politik kampus kepada kehidupan mahasiswa era Malaysia baharu
Mahasiswa dan politik tidak dapat dipisahkan. Semangat nasionalisme yang tinggi di kalangan mahasiswa sekitar tahun 1960an dan 1970an mendorong mereka untuk bergiat aktif dalam politik. Tambahan pula pada waktu itu, tiada undang-undang yang khusus, yang menghalang kegiatan politik dikalangan mahas...
Saved in:
Main Authors: | , , , , |
---|---|
Format: | Article |
Language: | English |
Published: |
Pusat Pengurusan & Pembangunan Mahasiswa, Universiti Kebangsaan Malaysia
2019
|
Online Access: | http://journalarticle.ukm.my/19343/1/Artikel_3_Norshamliza-Chamhuri_FEP.pdf http://journalarticle.ukm.my/19343/ https://www.ukm.my/personalia/publication-category/volume-22-number-2-december-2019/ |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Summary: | Mahasiswa dan politik tidak dapat dipisahkan. Semangat nasionalisme yang tinggi di kalangan mahasiswa
sekitar tahun 1960an dan 1970an mendorong mereka untuk bergiat aktif dalam politik. Tambahan pula pada
waktu itu, tiada undang-undang yang khusus, yang menghalang kegiatan politik dikalangan mahasiswa. Tetapi
keadaan sangat berbeza pada masa kini. Keterlibatan mahasiswa pengajian tinggi dalam politik adalah tertakluk
kepada Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971 (AUKU). Pelbagai kajian literatur telah membahaskan bahawa
mahasiswa dilihat telah terkesan dengan kewujudan AUKU 1971 ini, dimana ruang mahasiswa bersuara dan
terlibat dengan politik menjadi terbatas. Dikhuatiri mahasiswa tidak cakna dan cetek tentang ilmu politik. Politik
kampus dilihat sebagai medan terbaik untuk melahirkan golongan intelek muda yang matang dan berwawasan.
Maka dengan ini, satu kajian telah dijalankan bagi mengenalpasti tahap pengetahuan dan penyertaan mahasiswa
terhadap politik. Di samping itu juga, kajian ingin melihat impak politik kampus terhadap kehidupan mereka.
Kajian ini menggunakan dua kaedah penyelidikan iaitu pendekatan kuantitatif dan kualitatif. Sampel kajian
melibatkan 100 orang responden dari pelbagai fakulti di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Kajian kualitatif
pula melibatkan temubual dengan tiga orang pelajar dari Majlis Perwakilan Pelajar. Hasil kajian mendapati tahap
pengetahuan mahasiswa terhadap politik kampus adalah sederhana tinggi. Ternyata keterlibatan mahasiswa dalam
politik kampus mendatangkan lebih kebaikan dari keburukan. Dapatan kajian ini diharapkan dapat membantu
pentadbiran universiti memperkasakan peranan mahasiswa dalam arena politik supaya bakat mereka digilap
menjadi pemimpin yang berkarisma suatu hari nanti. |
---|