Jurang penggunaan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) di antara sekolah bandar dengan luar bandar

Kerajaan telah menyusun pelbagai strategi untuk membudayakan penggunaan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) di sekolah bandar dan luar bandar. Namun begitu, kajian lepas menunjukkan penggunaan TMK dalam kalangan guru masih di tahap sederhana dan masih kurang dikaji dalam konteks lokasi sekolah...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Kumar Raman,, Norasmah Othman,, Haryanti Mohd Affandi,
Format: Article
Language:English
Published: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia 2019
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/19201/1/33597-109642-1-PB.pdf
http://journalarticle.ukm.my/19201/
https://ejournal.ukm.my/jpend/issue/view/1204
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kerajaan telah menyusun pelbagai strategi untuk membudayakan penggunaan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) di sekolah bandar dan luar bandar. Namun begitu, kajian lepas menunjukkan penggunaan TMK dalam kalangan guru masih di tahap sederhana dan masih kurang dikaji dalam konteks lokasi sekolah yang berbeza. Kajian ini bertujuan untuk mengukur perbezaan pengetahuan, kemahiran dan sikap guru dalam menggunakan TMK di lokasi sekolah yang berbeza. Kajian ini merupakan kajian tinjauan dan menggunakan soal selidik sebagai instrumen kajian. Data telah diperoleh daripada 1440 orang guru sekolah menengah kebangsaan (SMK) di bandar dan luar bandar dan telah dianalisis dengan menggunakan MANOVA. Dapatan kajian menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan dari aspek pengetahuan dan kemahiran guru dalam menggunakan TMK berdasarkan lokasi sekolah. Sebaliknya, tidak terdapat perbezaan yang signifikan dari aspek sikap guru dalam menggunakan TMK berdasarkan lokasi sekolah. Kajian ini menunjukkan pihak Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) perlu meningkatkan pengetahuan dan kemahiran guru dalam menggunakan TMK di sekolah luar bandar.