Latihan Dalam Perkhidmatan sebagai medium untuk meningkatkan tahap tingkah laku Kemahiran Berfikir Aras Tinggi dalam kalangan guru Sains

Latihan Dalam Perkhidmatan (LADAP) Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) merupakan medium yang memberi impak signifikan kepada pembangunan profesional guru. Kajian tinjauan rentas silang ini bertujuan menentukan tahap tingkah laku guru dari aspek KBAT, pentaksiran KBAT (pembinaan item KBAT dan te...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Natrah Mohamad,, Jamil Ahmad,, Kamisah Osman,
Format: Article
Language:English
Published: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia 2019
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/19195/1/33603-109636-1-PB.pdf
http://journalarticle.ukm.my/19195/
https://ejournal.ukm.my/jpend/issue/view/1204
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Latihan Dalam Perkhidmatan (LADAP) Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) merupakan medium yang memberi impak signifikan kepada pembangunan profesional guru. Kajian tinjauan rentas silang ini bertujuan menentukan tahap tingkah laku guru dari aspek KBAT, pentaksiran KBAT (pembinaan item KBAT dan teknik penyoalan) dan pedagogi KBAT (pendekatan inkuiri, isu sosiosaintifik dan peta pemikiran i-THINK) setelah menghadiri LADAP KBAT. Soal selidik telah diedarkan kepada 748 guru sains dari Semenanjung Malaysia dan data yang diperolehi dianalisis menggunakan statistik deskriptif. Dapatan menunjukkan bahawa tahap tingkah laku untuk menerapkan KBAT dalam mata pelajaran Sains dan penggunaan teknik penyoalan berada pada tahap tinggi. Walau bagaimanapun, tingkah laku guru dalam pembinaan item KBAT, penggunaan peta pemikiran i-THINK, pendekatan inkuiri dan isu sosiosaintifik berada pada tahap yang sederhana. Secara keseluruhannya, LADAP KBAT dapat meningkatkan tahap tingkah laku guru pada tahap sederhana sahaja. Melalui dapatan ini, latihan yang berterusan dan aktiviti latihan dalam bentuk hands-on adalah penting untuk meningkatkan pengetahuan dan kemahiran guru tentang pembinaan item KBAT, penggunaan peta pemikiran i-THINK, dan pendekatan inkuiri dan isu sosio-saintifik yang akan membantu guru menggunakan pendekatan tersebut dalam pengajaran dan pembelajaran sains dengan lebih kerap. Penambahbaikan juga perlu dilakukan ke atas LADAP KBAT, antaranya adalah dengan menambah baik model Cascade untuk melatih guru-guru Sains tentang KBAT.