Suatu ulasan kritis kajian keperluan pemfluoridaan air di dalam proses rawatan air

Pemfluoridaan air merupakan proses penambahan bahan fluorida di dalam sumber air terawat sehingga tahap fluorida di dalam air tersebut mencapai tahap yang disarankan oleh pihak berkuasa dan seterusnya memberi manfaat kepada pengguna untuk kebaikan gigi dan tulang. Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Rosiah Rohani,, Siti Aishah Basiron,, Thinishaa Dhana Gopal,, Nurul Suraya Rosli,, Nadiah Khairul Zaman,, Izzati Izni Yusoff,, Harlina Ali Hanafiah,
Format: Article
Language:English
Published: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia 2022
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/19155/1/4.pdf
http://journalarticle.ukm.my/19155/
https://www.ukm.my/jsm/malay_journals/jilid51bil3_2022/KandunganJilid51Bil3_2022.html
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Pemfluoridaan air merupakan proses penambahan bahan fluorida di dalam sumber air terawat sehingga tahap fluorida di dalam air tersebut mencapai tahap yang disarankan oleh pihak berkuasa dan seterusnya memberi manfaat kepada pengguna untuk kebaikan gigi dan tulang. Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah mengesyorkan julat nilai kepekatan dos fluorida dalam sistem air di Malaysia adalah dalam lingkungan nilai 0.4 mg/L hingga 0.6 mg/L. Ion fluorida bukanlah suatu keperluan bagi pertumbuhan manusia tetapi dianggap penting untuk mengelakkan kerosakan gigi dan tulang, terutamanya kepada kanak-kanak. Kajian kritis yang telah dijalankan ini memfokuskan kepada keperluan pemfluoridaan air terawat di dalam proses rawatan air. Berdasarkan kajian ini, kandungan unsur fluorida dalam air mentah mempengaruhi proses pemfluoridaan air memandangkan kandungan unsur tersebut di dalam air minuman tidak boleh melebihi had yang ditetapkan oleh pihak berkuasa. Terdapat beberapa jenis bahan berfluorida yang biasa digunakan bagi pemfluoridaan air, antaranya natrium fluorida, natrium silikofluorida dan asid fluorosilisik. Penambahan bahan berfluorida ini ke dalam air hendaklah mematuhi dos yang tepat bagi memberi manfaat kepada pengguna dan seterusnya mengelakkan penyakit berkaitan fluorida. Kesimpulannya, pengawasan yang berterusan terhadap kepekatan fluorida pada pelbagai peringkat sama ada dalam peringkat pengumpulan air mentah, rawatan air dan pengagihan air terawat adalah penting bagi memastikan air dengan kandungan fluorida yang optimum dapat dibekalkan kepada pengguna.