Pendekatan main peranan dalam meningkatkan kemahiran komunikasi pelajar institut pengajian tinggi

Komunikasi secara efektif dan berhemah perlu disemai agar pelajar dapat berhadapan dengan pelbagai lapisan masyarakat dengan rasa yakin serta berupaya memenuhi keperluan kerjaya di masa depan. Objektif kajian ini adalah untuk meningkatkan tahap kemahiran komunikasi sekumpulan pelajar di sebuah unive...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Noor Lina Mohd Yusuf,, Syed Lamsah Syed Chear,, Melor Md Yunus,, Koh, Denise Choon Lian
Format: Article
Language:English
Published: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia 2022
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/19123/1/42579-182452-1-PB.pdf
http://journalarticle.ukm.my/19123/
https://ejournal.ukm.my/jpend/issue/view/1462
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Komunikasi secara efektif dan berhemah perlu disemai agar pelajar dapat berhadapan dengan pelbagai lapisan masyarakat dengan rasa yakin serta berupaya memenuhi keperluan kerjaya di masa depan. Objektif kajian ini adalah untuk meningkatkan tahap kemahiran komunikasi sekumpulan pelajar di sebuah universiti swasta. Seramai 14 pelajar telah dipilih mengikuti kajian tindakan yang dirancang untuk tempoh tiga minggu. Skop kajian mencakupi lima domain komunikasi iaitu keyakinan, bahasa, penampilan, teknik penyampaian, dan penyampaian mesej. Dapatan kajian menunjukkan terdapatnya peningkatan skor pada setiap pusingan kajian. Analisis menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan skor ujian pos kedua dengan skor ujian pra. Rumusannya, kemahiran berkomunikasi pelajar telah meningkat secara signifikan dalam setiap domain komunikasi selepas mengikuti dua pusingan pendekatan main peranan. Dapatan juga disokong oleh data temu bual yang menunjukkan pelajar berasa mereka berupaya menggunakan kemahiran lisan dan bukan lisan untuk meyakinkan pihak lain dalam menyampaikan hasrat dan pandangan secara yakin dan berkesan selepas mengikuti program pendekatan main peranan dalam kajian ini. Implikasinya, pendekatan main peranan adalah suatu pendekatan yang efektif dalam pembelajaran kemahiran komunikasi, kerana pendekatan ini memberi ruang selamat untuk pelajar mencuba dan berlatih menggunakan kemahiran-kemahiran komunikasi dalam pengalaman situasi sebenar.