Adaptasi antarabudaya pelajar Indonesia di Universiti Kebangsaan Malaysia
Kajian ini dihasilkan untuk mengetahui dan memperincikankan proses dan pengalaman adaptasi antarabudaya yang berlaku ke atas para pelajar yang berasal dari Indonesia yang menyambung pengajian di Universiti Kebangsaan Malaysia. Adaptasi antarabudaya merupakan suatu proses seseorang individu itu belaj...
Saved in:
Main Authors: | , |
---|---|
Format: | Article |
Language: | English |
Published: |
Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia
2021
|
Online Access: | http://journalarticle.ukm.my/19012/1/52055-170928-1-SM.pdf http://journalarticle.ukm.my/19012/ https://ejournal.ukm.my/ebangi/issue/view/1434 |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Summary: | Kajian ini dihasilkan untuk mengetahui dan memperincikankan proses dan pengalaman adaptasi antarabudaya yang berlaku ke atas para pelajar yang berasal dari Indonesia yang menyambung pengajian di Universiti Kebangsaan Malaysia. Adaptasi antarabudaya merupakan suatu proses seseorang individu itu belajar serta memahami budaya baru yang perlu ditempuh. Kajian ini menggunakan Model Lekuk U yang diasaskan oleh Lysgaard (1955) dengan melihat empat fasa adaptasi antarabudaya iaitu fasa bulan madu, fasa kejutan budaya, fasa penyesuaian, dan fasa penguasaan. Matlamat kajian ini adalah untuk meneroka pengalaman adaptasi antarabudaya daripada dimensi budaya yang sama mengamalkan budaya berbentuk kolektivisme. Objektif dalam kajian ini adalah ingin mengkaji proses adaptasi yang dialami oleh pelajar dari Indonesia di Universiti Kebangsaan Malaysia, mengenal pasti kejutan budaya yang dialami oleh pelajar Indonesia di Universiti Kebangsaan Malaysia, dan meneroka cabaran semasa proses adaptasi dalam kalangan pelajar Indonesia di Universiti Kebangsaan Malaysia. Metodologi yang digunakan dalam kajian ini ialah perbincangan kumpulan fokus daripada pelajar Indonesia yang mewakili pelbagai pulau antaranya Sumatera, Jawa, Kalimantan, dan Sulawesi. Kajian ini mendapati bahawa meskipun terdapat persamaan akar budaya dan agama, tetapi tetap wujud pelbagai cabaran bagi para pelajar Indonesia dalam mengadaptasikan diri di Malaysia. |
---|