Akal budi dalam cerita rakyat di Tumpat, Kelantan : satu penelitian terhadap pengkaedahan alamiah

Akal budi merupakan sesuatu yang terdapat dalam karya sastera seperti cerita rakyat yang bertujuan untuk mengajar disiplin kendiri kepada golongan muda. Akal budi sering kali diterapkan dalam penceritaan cerita rakyat oleh seorang penutur amatur bagi mendidik anak-anak muda akan adat resam, kebudaya...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Mohd Firdaus Che Yaacob,
Format: Article
Language:English
Published: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia 2022
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/18930/1/55518-182622-1-SM.pdf
http://journalarticle.ukm.my/18930/
https://ejournal.ukm.my/jmelayu/issue/view/1512
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Akal budi merupakan sesuatu yang terdapat dalam karya sastera seperti cerita rakyat yang bertujuan untuk mengajar disiplin kendiri kepada golongan muda. Akal budi sering kali diterapkan dalam penceritaan cerita rakyat oleh seorang penutur amatur bagi mendidik anak-anak muda akan adat resam, kebudayaan setempat dan undang-undang peradaban masyarakat Melayu. Akan tetapi, pengkajian terhadap cerita rakyat mempunyai kelompongan oleh pengkaji-pengkaji terdahulu. Hal ini kerana pengkaji terdahulu kurang menekankan aspek akal budi dalam pengkajian mereka. Oleh hal yang demikian, kajian ini dilaksanakan bagi tujuan untuk mengenal pasti dan menganalisis akal budi yang terkandung dalam cerita rakyat di daerah Tumpat, Kelantan. Dengan itu, kajian ini menggunakan kaedah kualitatif, iaitu kaedah kepustakaan dan kaedah kajian lapangan. Kajian ini juga menggunakan Teori Pengkaedahan Melayu sebagai deduktif kajian. Hasil daripada kajian ini mendapati bahawa terdapat beberapa akal budi yang terkandung dalam cerita rakyat di daerah Tumpat, Kelantan yang seharusnya diketengahkan untuk memberi pengetahuan kepada masyarakat Melayu.