Impak gelombang kedua Dasar Pandang ke Timur terhadap perubahan struktur dan budaya di Malaysia dan rantau Asia Tenggara

Dasar Pandang ke Timur (DPT) telah dilaksanakan pada tahun 1982 dengan dua matlamat utama. Pertama, usaha meningkatkan kemahiran, kecekapan, pengetahuan serta menerapkan nilai-nilai yang positif dari Jepun dan Korea dalam etika kerja. Kedua, bertujuan untuk meningkatkan daya pengeluaran dan mutu ker...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Hanim Ismail,
Format: Article
Language:English
Published: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia 2022
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/18845/1/50064-182547-1-PB.pdf
http://journalarticle.ukm.my/18845/
https://ejournal.ukm.my/akademika/issue/view/1464
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Dasar Pandang ke Timur (DPT) telah dilaksanakan pada tahun 1982 dengan dua matlamat utama. Pertama, usaha meningkatkan kemahiran, kecekapan, pengetahuan serta menerapkan nilai-nilai yang positif dari Jepun dan Korea dalam etika kerja. Kedua, bertujuan untuk meningkatkan daya pengeluaran dan mutu kerja. Kertas ini membahaskan impak gelombang kedua DPT yang diandaikan saling menguntungkan antara Jepun-Malaysia berbanding gelombang pertama yang pemberatnya lebih kepada Malaysia. Kajian ini telah mengutip data primer menggunakan teknik temubual intensif dan kumpulan focus dengan keseluruhan jumlah informan seramai tiga belas (13) orang yang mempunyai pengalaman secara langsung dengan perlaksanaan DPT. Data kualitatif ini dianalisis menggunakan pembinaan tema hasil temubual tersebut. Teori kitaran dasar diaplikasi bagi membuat penilaian terhadap tahap keberhasilan perlaksanaan DPT dalam mencapai objektifnya. Hasil kajian memaparkan, selain etika kerja, factor budaya dan amalan nilai-nilai murni masyarakat Jepun, kesetiaan kepada majikan adalah amalan yang mengukuhkan kualiti kerja. Hasil kajian membuktikan DPT kurang Berjaya dalam mengadaptasikan budaya dan nilai kerja Jepun ke dalam diri rakyat Malaysia. Namun begitu, DPT berjaya membuat perubahan struktur dengan pelbagai amalan sistematik di tempat kerja seperti amalan 5S, Kawalan Mutu Kerja (TQM), sistem perakam waktu dan pengenalan penggunaan tanda nama. Sementara itu, Gelombang Kedua DPT dapat memperlihatkan usaha kerjasama serta ‘spill over’ hubungan Malaysia-Jepun yang memberi impak positif kepada negara-negara jiran di peringkat rantau Asia Tenggara. Kajian ini berupaya membuktikan perlaksanaan DPT di Malaysia sehingga kini masih relevan kerana DPT bukan sahaja membawa manfaat kepada Malaysia, malah Jepun serta negara-negara di peringkat rantau.