Kepelbagaian sektor dalam jaringan perkhidmatan kebajikan kanak-kanak di Sekolah Tunas Bakti (STB) Marang, Terengganu

Jaringan sosial memainkan peranan yang sangat penting dalam penyampaian perkhidmatan kebajikan bagi meningkatkan kesejahteraan hidup kanak-kanak yang ditempatkan dalam institusi kebajikan. Satu kajian telah dilakukan untuk mengeksplorasi sektor-sektor yang terlibat dalam pelaksanaan amalan jaringan...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Siti Hajar Abdul Rauf,, Siti Hajar Abu Bakar Ah,, Haris Abd Wahab,
Format: Article
Language:English
Published: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia 2022
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/18833/1/26552-182273-1-PB.pdf
http://journalarticle.ukm.my/18833/
https://ejournal.ukm.my/akademika/issue/view/1464
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Jaringan sosial memainkan peranan yang sangat penting dalam penyampaian perkhidmatan kebajikan bagi meningkatkan kesejahteraan hidup kanak-kanak yang ditempatkan dalam institusi kebajikan. Satu kajian telah dilakukan untuk mengeksplorasi sektor-sektor yang terlibat dalam pelaksanaan amalan jaringan perkhidmatan kebajikan kanak-kanak yang ditempatkan di Sekolah Tunas Bakti (STB) Marang, Terengganu. Kajian dilakukan menggunakan reka bentuk kualitatif tradisi Penjanaan Teori untuk mendapatkan data kajian. Satu set protokol temu bual telah dibina sebagai panduan untuk melaksanakan temu bual secara bersemuka dan mendalam terhadap 30 orang responden yang terdiri daripada 24 agensi berlainan. Hasil kajian mendapati bahawa terdapat lebih kurang 50 buah agensi yang terlibat dalam penyediaan, pembekalan dan penyampaian keperluan makanan dan minuman; 37 buah agensi yang terlibat dalam penyediaan, pembekalan dan penyampaian keperluan insurans, tempat tinggal, pakaian dan keperluan-kepeluan lain; serta 10 pihak yang terlibat dalam penyediaan perkhidmatan kesihatan kanak-kanak di STB Marang. Dapatan kajian memberi implikasi kepada pihak yang berkepentingan seperti Jabatan Kebajikan Masyarakat agar dapat melipatgandakan usaha membentuk jaringan perkhidmatan kebajikan kanak-kanak secara bersepadu dengan pelbagai pihak termasuklah sektor formal, sektor tidak formal, sektor voluntari, sektor swasta dan individu perseorangan untuk meningkatkan kesejahteraan hidup kakak-kanak; khususnya kanak-kanak dalam jagaan institusi.