Konstruktivisme sosial dan hubungan antarabangsa Malaysia = Social constructivism and Malaysia’s international relations
Perubahan iklim politik global dan serantau ditambah dengan ekonomi dunia yang tidak menentu menagih negara agar lebih bersedia menangani pelbagai isu transnasional yang tidak diundang. Walaupun transformasi ini memberi dampak negatif, tetapi pada waktu yang sama telah memberi peluang untuk negara d...
Saved in:
Main Authors: | , , |
---|---|
Format: | Article |
Language: | English |
Published: |
Universiti Kebangsaan Malaysia
2011
|
Online Access: | http://journalarticle.ukm.my/1883/1/jademik-81-04-lock.pdf http://journalarticle.ukm.my/1883/ http://www.ukm.my/~penerbit/akademika/jademik-contents.html |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Summary: | Perubahan iklim politik global dan serantau ditambah dengan ekonomi dunia yang tidak menentu menagih negara agar lebih bersedia menangani pelbagai isu transnasional yang tidak diundang. Walaupun transformasi ini memberi dampak negatif, tetapi pada waktu yang sama telah memberi peluang untuk negara dalam rantau yang sama lebih bermuafakat bagi menangani ‘isu bersama’ tanpa campur tangan pihak luar yang lebih dominan. Dalam hal ini teori adalah penting. Teori sebagai salah satu mekanisme intelektual bagi memahami fenomena antarabangsa turut mengalami proses perkembangan dan perubahan. Dari segi pendekatan teoritikal, teori perdana hubungan antarabangsa seperti realisme dan neorealisme menjurus pada kuasa, kepentingan nasional dan sistem antarabangsa untuk menerangkan tindakan negara. Pendekatan ini dicabar oleh pendekatan baru, konstruktivisme sosial dalam tahun-tahun 1990-an yang cuba mengemukakan satu pendekatan alternatif dengan memberi tumpuan bagaimana idea, norma, bahasa, identiti, budaya dan agama boleh mendefinisikan dan mentransformasikan urus tadbir politik dunia, membentuk identiti dan kepentingan negara. Malaysia merupakan negara kecil, tetapi berperanan besar dalam organisasi global dan serantau seperti ASEAN, Komanwel dan OIC. Selain itu Malaysia telah berjaya mengharungi pahit maung hidup berjiran di rantau Asia Tenggara dan di peringkat global. Makalah ini cuba menelusuri dan memahami peranan Malaysia dalam pelbagai institusi global dan serantau melalui konstruktivisme sebagai pendekatan alternatif dalam hubungan antarabangsa bagi menganalisis peranan Malaysia dalam institusi global. Walaupun kemunculan kepentingan teori konstruktivisme sejajar dengan perubahan iklim politik global dan serantau, selepas berakhirnya Perang Dingin tidak bermakna teori ini hanya relevan untuk memahami tindakan negara kontemporari. Teori ini boleh digunakan sebagai pendekatan dalam memahami sejarah dasar luar Malaysia dalam konteks transformasi.
|
---|