Berita COVID-19 : suatu analisis kritikan pedas netizen di Facebook
Komunikasi melalui media sosial seperti Facebook mengenai isu-isu sosial, politik atau ekonomi semakin ketara dalam kalangan masyarakat masa kini. Hal ini kerana aspek berkenaan memainkan peranan penting dalam kehidupan seharian. Ini termasuklah tentang isu penularan wabak koronavirus (COVID-19) dan...
Saved in:
Main Authors: | , |
---|---|
Format: | Article |
Language: | English |
Published: |
Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia
2022
|
Online Access: | http://journalarticle.ukm.my/18678/1/54822-180432-1-SM.pdf http://journalarticle.ukm.my/18678/ https://ejournal.ukm.my/mjc/issue/view/1473 |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Summary: | Komunikasi melalui media sosial seperti Facebook mengenai isu-isu sosial, politik atau ekonomi semakin ketara dalam kalangan masyarakat masa kini. Hal ini kerana aspek berkenaan memainkan peranan penting dalam kehidupan seharian. Ini termasuklah tentang isu penularan wabak koronavirus (COVID-19) dan kadar kematian yang menggemparkan seluruh dunia dan menyebabkan rakyat Malaysia panik sertabimbang. Kebimbangan ini menyumbang kepada peningkatan komunikasi warga maya di semua platform media sosial dalam semua berita atau maklumat sehingga meninggalkan komen-komen negatif tanpa kawalan. Isu penularan wabak koronavirus di negara Malaysia yang dimuat naik di laman sosial Malaysiakini dan Sinar Harian telah mendapat reaksi dan maklum balas yang tinggi daripada pengguna Facebook. Secara tidak langsung laman sosial kedua-dua organisasi ini telah menjadi salah satu medan perhubungan antara rakyat dengan kerajaan. Penyelidik mahu mengenal pasti bentuk-bentuk ketidaksantunan bahasa dan interpretasi netizen yang digunakan oleh pengguna Facebook di ruangan komen laman sosial. Sebanyak 400 komen telah dikenal pasti dan dikategorikan mengikut kerangka yang dicadangkan oleh Culpeper dan Entman. Dapatan kajian menunjukkan netizen di kedua-dua media ini lebih banyak menggunakan bahasa berbentuk kritikan pedas atau aduan manakala reaksi yang ditonjolkan menjurus kepada penilaian netizen terhadap maklumat yang dibaca. Hal ini menunjukkan kegagalan kerajaan menangani isu ini sekali gus memberi ruang netizen menzahirkan dan menggunakan komen bahasa yang tidak santun. Ini dapat dilihat daripada pemikiran dan sikap serta nilai kesantunan ketika berbahasa kian luntur dalam kalangan masyarakat. Kajian ini juga menunjukkan reaksi netizen yang cenderung kepada membuat tafsiran sendiri yang mungkin disebabkan sentimen kebencian individu tersebut, pengaruh politik, laskar siber atau hanya membaca tajuk sahaja. |
---|