Sejarah Ahl Al-Bayt Hadhrami di Pahang : salasilah dan sumbangan
Diaspora orang Arab telah bertebaran ke seberang laut dari pusat asal mereka di Timur Tengah dan telah bertapak di pelbagai pelusuk dunia Islam Sebahagian mereka berpindah dari Hadramaut yang mana sekelompok kecilnya adalah dari keturunan Nabi Muhammad SAW dari jalur Sayyidina Husain yang digela...
Saved in:
Main Authors: | , |
---|---|
Format: | Article |
Language: | English |
Published: |
Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia
2021
|
Online Access: | http://journalarticle.ukm.my/18606/1/52744-173514-1-SM.pdf http://journalarticle.ukm.my/18606/ https://ejournal.ukm.my/jebat/issue/view/1450 |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Summary: | Diaspora orang Arab telah bertebaran ke seberang laut dari pusat
asal mereka di Timur Tengah dan telah bertapak di pelbagai pelusuk
dunia Islam Sebahagian mereka berpindah dari Hadramaut yang
mana sekelompok kecilnya adalah dari keturunan Nabi Muhammad
SAW dari jalur Sayyidina Husain yang digelar sebagai Ahl al-
Bayt Hadhrami. Mereka mempunyai pengaruh yang besar dalam
pengislaman rantau Alam Melayu. Khususnya di negeri Pahang,
golongan Ahl al-Bayt Hadhrami memainkan peranan penting bersama
masyarakat setempat. Justeru itu artikel ini memfokuskan mengenai
asal usul dan sejarah kedatangan kabilah Ahl al-Bayt Hadhrami
ke negeri Pahang dan sumbangan mereka kepada masyarakat
setempat sama ada dalam bidang dakwah dan pendidikan Islam,
perniagaan dan politik setempat. Bagi mencapai objektif tersebut,
pendekatan kualitatif digunakan melalui kaedah kepustakaan yang
berasaskan analisis literatur dan kaedah lapangan yang berasaskan
metode temubual. Pengkaji telah merujuk koleksi catatan peribadi
tentang kabilah Ahl al-Bayt Hadhrami di negeri Pahang di samping
menemubual dua orang penjaga nasab Ahl al-Bayt Hadhrami di
negeri Pahang dan Terengganu. Hasil kajian mendapati bahawa
kabilah Ahl al-Bayt Hadhrami yang datang ke negeri Pahang pada
peringkat awal adalah dari jalur Sayyid Ahmad b. ‘Isa al-Muhajir
(873M–956M) yang terdiri daripada enam kabilah utama, iaitu al-
Yahya (Ben Yahya), al-Habsyi, al-Kherid, al-Hindhuan, al-Attas
dan al-Haddad. Mereka telah memberi sumbangan yang besar
kepada masyarakat setempat di negeri Pahang. Dalam perniagaan,
selain daripada memenuhi keperluan kehidupan, mereka turut
mengembangkan ekonomi setempat negeri Pahang. Penglibatan
mereka dalam politik pula adalah untuk menjayakan strategi dakwah
Islam kepada masyarakat. Manakala penyertaan mereka dalam
bidang dakwah serta Pendidikan Islam adalah untuk meneruskan
legasi Rasulullah SAW. Sehingga ke hari ini, keluarga Ahl al-Bayt
Hadhrami terus berkembang dan berasimilasi dengan masyarakat
tempatan. |
---|