Alor Setar sebagai pusat komersial sebelum kemasukan British, 1735-1909

Artikel ini akan meneliti perkembangan Alor Setar sebagai sebuah pusat komersial dalam tempoh 1735-1909. Dalam konteks ini, perkembangan Alor Setar akan ditinjau dari sudut apakah bentuk aktiviti-aktiviti komersial yang dijalankan serta apakah faktor pencetus kepada perkembangan bandar Alor Setar ya...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Nur Najwa Yusof,, Ahmad Kamal Ariffin Mohd Rus,, Noor Ain Mat Noor,
Format: Article
Language:English
Published: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia 2021
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/18602/1/50313-163922-1-SM.pdf
http://journalarticle.ukm.my/18602/
https://ejournal.ukm.my/jebat/issue/view/1415
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Artikel ini akan meneliti perkembangan Alor Setar sebagai sebuah pusat komersial dalam tempoh 1735-1909. Dalam konteks ini, perkembangan Alor Setar akan ditinjau dari sudut apakah bentuk aktiviti-aktiviti komersial yang dijalankan serta apakah faktor pencetus kepada perkembangan bandar Alor Setar yang lebih pesat. Kajian ini menggunakan kaedah kualitatif yang melibatkan pengumpulan dan analisis data daripada sumber-sumber primer yang diperoleh daripada Arkib Negara Malaysia seperti Surat Sultan Muhammad Jiwa kepada Francis Light, Peringatan Raja-raja Kedah, Surat Menyurat Sultan Abdul Hamid dan CO 716, Kedah/Perlis Sessional Papers, 1905-1937. Hasil kajian mendapati bahawa bermula pada tahun 1735, apabila Alor Setar mula berfungsi sebagai pusat pentadbiran negeri, bandar tersebut dilihat semakin mendapat tumpuan penduduk sama ada dari dalam mahupun luar Kedah. Dalam tempoh ini, berlaku aktiviti perdagangan yang pesat di antara Alor Setar dan pedagang daripada luar seperti Pulau Pinang, India dan China. Antara komoditi yang diperdagangkan termasuklah bekalan makanan seperti beras, haiwan ternakan dan kayu kayan. Hasil perdagangan ini menyumbang pendapatan yang besar kepada negeri Kedah. Di samping itu, aktiviti komersial di Alor Setar dirancakan lagi dengan kewujudan emporium perniagaan yang menempatkan kedai menjual pelbagai jenis barangan seperti kedai pajak gadai, gedung menjual pakaian dan peralatan kegunaan harian. Kemunculan Alor Setar sebagai sebuah pusat komersial yang pesat ini disumbang oleh beberapa faktor seperti kecekapan pentadbiran di bawah kepimpinan yang berwibawa, kawalan keselamatan yang efisien dan sistem perhubungan dan pengangkutan yang canggih, sistem kawalan kesihatan yang mapan dan kewujudan pelabuhan bandar yang menjadi daya tarikan terpenting kepada golongan pedagang.