Tipologi pengurusan pembangunan etnik dalam novel terpilih
Pengurusan pembangunan mencakupi seluruh aspek kehidupan termasuk hubungan etnik. Kajian ini menganalisis tipologi pengurusan pembangunan etnik yang terdapat dalam novel kajian terpilih. Tipologi pembangunan dilihat melalui enam ruang, iaitu alam, manusia, sosial, dunia, kebudayaan dan waktu berpand...
Saved in:
Main Authors: | , , |
---|---|
Format: | Article |
Language: | English |
Published: |
Institute of the Malay World and Civilization, Universiti Kebangsaan Malaysia
2021
|
Online Access: | http://journalarticle.ukm.my/18498/1/jatma-2021-0903-04.pdf http://journalarticle.ukm.my/18498/ https://www.ukm.my/jatma/jilid-9-bil-3/ |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Summary: | Pengurusan pembangunan mencakupi seluruh aspek kehidupan termasuk hubungan etnik. Kajian ini menganalisis tipologi pengurusan pembangunan etnik yang terdapat dalam novel kajian terpilih. Tipologi pembangunan dilihat melalui enam ruang, iaitu alam, manusia, sosial, dunia, kebudayaan dan waktu berpandukan Teori Pembangunan yang diperkenalkan oleh Johan Galtung tentang aliran ilmu ekonomi, faktor luaran dan pendekatan rentas ruang. Objektif utama kajian adalah untuk menganalisis enam ruang tipologi berdasarkan pengurusan pembangunan kendiri watak pelbagai etnik yang ditampilkan novel-novel kajian. Kajian ini dilakukan secara deskriptif, penelitian teks secara kritis terhadap struktur karya. Dapatan memperlihatkan pengurusan pembangunan sangat penting untuk merealisasikan kod atau kosmologi sesebuah budaya, hubungan etnik, melalui ruang alam, manusia, sosial, dunia, kebudayaan dan waktu. Kesimpulannya, tipologi pengurusan pembangunan etnik dalam novel terpilih hanya mewakili sebahagian kecil realiti yang berlaku dalam masyarakat dan dalam ruang manusia. Kematangan sistem merupakan kondisi kesihatan fizikal, mental, spiritual yang akhirnya dikenali sebagai pengurusan “pembangunan manusia” atau “realisasi diri”. |
---|