Percampuran kod dalam kalangan peniaga dalam talian di instagram

Makalah berbentuk kualitatif deskriptif ini bertujuan untuk mengenal pasti dan menganalisis fenomena percampuran kod dalam kalangan peniaga dalam talian di media sosial Instagram. Selain itu, metode semak melalui teknik analisis kandungan turut digunakan bagi tujuan pengumpulan data kajian. Pemerole...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Mimi Suhana Hakim,, Nur Afiqah Ahmad Raof,, Sa’adiah Ma’alip,
Format: Article
Language:English
Published: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia 2021
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/18394/1/52652-173147-1-SM.pdf
http://journalarticle.ukm.my/18394/
https://ejournal.ukm.my/jmelayu/issue/view/1446
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Makalah berbentuk kualitatif deskriptif ini bertujuan untuk mengenal pasti dan menganalisis fenomena percampuran kod dalam kalangan peniaga dalam talian di media sosial Instagram. Selain itu, metode semak melalui teknik analisis kandungan turut digunakan bagi tujuan pengumpulan data kajian. Pemerolehan data adalah daripada iklan-iklan yang dipaparkan di akaun Instagram Dherbsholding Hq, Wawacosmetic Hq dan Kekasih Hq. Teori oleh K. Kanthimathi (2007), iaitu fungsi percampuran kod terdiri daripada fungsi sikap, laras bahasa, ekspresif, arahan, pengulangan, sosialisasi, rujukan, instrumental dan pendedahan bahasa asing telah menjadi aspek utama dalam mendorong hasil penulisan makalah ini. Penganalisian dibuat terhadap paparan video dan gambar iklan ketiga-tiga akaun Instagram dari Jun 2020 sehingga Mei 2021. Hasil kajian mendapati fungsi sikap dan arahan merupakan fungsi yang mendominasi dalam pertuturan peniaga dalam talian di Instagram kerana berkait rapat dengan latar belakang penutur serta tujuan utama percampuran kod dilakukan.